Perjuangkan Semula Tuhan




Kalau engkau tidak takut dengan Allah, 
Zat yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui,
Tidak mungkin engkau takut melakukan kesalahan sesama manusia
Jika engkau tidak mencintai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Penyayang,
Bolehkah engkau memberi kasih sayang sesama manusia?
Kalau dengan Tuhan yang sentiasa memerhati engkau, engkau tidak jujur,
Sudah pasti engkau tidak akan jujur sesama makhluk
Dengan Tuhan pun engkau tidak boleh adil,
Dengan makhluk Tuhan sudah pasti engkau tidak akan boleh adil
Tuhan yang sentiasa mempedulikan engkau, engkau tidak ambil peduli
Sudah pasti engkau tidak akan mempedulikan manusia dan makhluk Tuhan
Ertinya kejujuran engkau adalah terhenti sejauh mana engkau jujur dengan Tuhan
Keadilan engkau sesama manusia ditentukan di sejauh mana engkau adil dengan Allah
Cinta engkau sesama makhluk Tuhan adalah bersumberkan cinta engkau dengan Tuhan
Takut engkau membuat kesalahan sesama makhluk
Ia ada hubung kait dengan sejauh mana engkau takut dengan Zat yang Maha Agung
Di sini kita faham, bahawa corak hidup manusia ditentukan sejauh mana ia takut atau cinta dengan Tuhan
Cintakan dan takutkan Tuhan adalah penentu sikap hidup manusia itu
Oleh itu untuk membaikkan manusia dan masyarakat,
Perjuangkan semula Tuhan yang sudah dilupakan orang
Agar Tuhan ditakuti dan dicintai
Insya-Allah segala persoalan hidup manusia akan selesai
Seluruh masalah akan dapat diperbetulkan
Di sini kita lihat, pembangunan insaniah itu adalah amat penting
Selepas itu bangunkanlah maddiah atau material
Ia akan berlaku seimbang 

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah