Banyak orang mencari kebahagiaan bukan dengan Tuhan tapi dengan makhluk. Padahal lumrah berlaku kepada manusia tapi manusia tidak juga mengambil iktibar dan pengajaran. Ada isteri cantik banyak kerenah pula. Banyak harta ditimpa penyakit bermacam-macam jenis pula. Ilmu banyak kerana kesombongan manusia benci pula. Pangkat tinggi banyak pula orang benci kerana sikapnya. Akhirnya kebahagiaan yang diburu tidak juga kunjung-kunjung tiba. Setengah orang semua keistimewaan dunia dimilikinya Allah datangkan seribu masalah pada dirinya. Kebahagiaan berkecai di dalam nikmat yang serba ada dan mewah pula. Oleh itu carilah Allah dia adalah sumber segala kebahagiaan.
hidup ini adalah sebuah universiti. Oleh itu belajarlah dengan kehidupan. Pasti engkau mempelajari pelbagai hikmah setiap kejadian yang berlaku. Inilah sebuah perjalanan....buat tatapan bersama..
Showing posts with label madah. Show all posts
Showing posts with label madah. Show all posts
madah
Manusia bukan tidak tahu selepas muda pasti tua. Tapi dia lupa tua akan datang diwaktu mudanya. Dia pun membuang-buang tenaga dan masa diwaktu mudanya, seolah-olah merasakan masa muda selama-lamanya. Apabila tua datang, baru dia menyesal ingin kembali kepada zaman mudanya untuk menebus kembali segala yang disia-siakan tapi angan-angan yang sia-sia itu tiada gunanya.Menyesal tidak berkesudahan
madah
.Ilmu dunia sebanyak mana sekalipun dia tidak akan bersih kalau dia tidak diproses. Ia ibarat air yang ditampung sebanyak-banyaknya, kalau air itu tidak diproses dan dibubuh klorin dia tidak akan jernih dan bersih, merbahaya diminum. Begitulah ilmu dunia kalau dia tidak diproses dengan ilmu wahyu ilmu dunia itu tidak akan terlepas daripada kesalahan dan kesilapan, amat merbahaya kepada akidah.
madah
Menjaga dan mengurus harimau, ular dan perkara atau makhluk yang merbahaya lebih selamat daripada menjaga dan mengurus dunia. Kerana orang sedar makhluk-makhluk tadi merbahaya, orang sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga agar tidak memudaratkannya tapi dunia hati manusia cenderung, mata senang melihat, nafsu suka dan kebanyakan manusia tidak terfikir merbahaya akibatnya dunia merosakkannya
madah
Janganlah kita berbangga kalau kita boleh tundukkan manusia dengan kuasa dan senjata serta ugutan penjara sedangkan jiwa mereka tidak dapat ditundukkan. Ia biasa berlaku di dalam sejarah kepada penguasa-penguasa dan penjajah dunia, bukanlah perkara luarbiasa, tapi yang luarbiasa itu orang ramai boleh tunduk pada seseorang itu kerana wibawa dan akhlaknya, sekalipun tidak ada kuasa dan tentera di tangannya.
madah
Setiap nikmat yang kita terima hendaklah kita merasakan kita tidak layak menerimanya, hingga merasa malu memilikinya, tapi sudah anugerah Tuhan kenalah terima, kemudian gunakanlah kepada yang diredhai-Nya, dengan itu kita akan terselamat dari berbangga, terselamat dari kedekut, tamak dan mudah dikorbankan kepada kebajikan.
madah
Kalau di dalam menegakkan kebenaran kita ditimpa kesusahan serta terpaksa meninggalkan kampung halaman, tirulah Rasulullah SAW di dalam kesabaran, kalau kita terpaksa mengembara dan berkelana, ikutilah jejak Nabi Allah Musa a.s, kalau kita dikurung dengan ketakutan, tirulah Nabi Allah Yunus a.s, kalau kita diseksa dan diancam, buatlah seperti Nabi Allah Ibrahim a.s, kalau kita diberi nikmat dan kemewahan, jadikanlah Nabi Allah Sulaiman a.s sebagai teladan, begitulah seterusnya pada para-para Rasul a.s itu ada tauladan dan pengajaran. Sepatutnya orang Islam tidak buntu bila berhadapan dengan cabaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)
