Showing posts with label #peringatan. Show all posts
Showing posts with label #peringatan. Show all posts

Sebuah Peringatan


Rugilah....
Rugilah pada hati-hati yang sombong
Yang enggan menyahut seruan kebenaran
Yang enggan menerima peringatan-peringatan
Kerana melihat kelebihan diri dan tertipu oleh godaan nafsu kebendaan dan keduniaan

Teruskanlah langkah sumbangmu itu
Kerana engkau merasa betul segala kekeliruanmu 
Dan segala kata nasihat itu tak beerti buatmu 
Kerana kesibukanmu untuk mengukir nama di awan-awan agar dilihat orang-orang
Dan kegigihanmu untuk mendaki tangga kemegahan supaya mendapat sanjungan puji-pujian
Kerana engkau percaya hanya dengan harta kekayaan itulah puncak kebahagiaan

Tuhan....agama....hanyalah sampingan jika ada waktu terluang...
Engkau sendiri pun tiadak begitu arif tentang agama...tentang Tuhan...hanya ikut-ikutan dalam kepura-puraan supaya tak diperkecilkan oleh orang-orang

Berjaga-jagalah....
Berjaga-jagalah....wahai orang lupa
Kebutaanmu itu akan menjerutmu suatu ketika
Dan engkau pasti tak bisa meleraikan jerutan malang itu
Saatnya tetap akan tiba walau segunung emas milikmu tak akan bisa menebus untuk melewatkan walau sedetik masa kepulangan
Dan kedatangannya tak akan tertunda walau sesaat bersama rantai dan cembukannya buat melumatkan mimpi dan angan semu mu itu

Kalau engkau masih tiada percaya juga...apa lagi yang bisa dikatakan
Hanya tunggulah saja saat dan ketikanya
Dalam sekelip mata engkau akan kehilangan segala-galanya
Dan disaat itu tiada lagi berguna sesalan kerana pintu keampunan telah tertutup buatmu selama-lamanya.

Ambillah peringatan.....

Salam sang fakir
Amir Debut AG Alamaya

SATU KEMATIAN DLM KEADAAN LEKA - DLM KEADAAN TIDAK BERSEDIA.* *Rancanglah kematian kamu dgn penuh bekalan utk perjalanan yg jauh.*


```Tolong baca sampai habis... Credit utk penulis ..... Tak tau siapa yg tulis.....tp sgt tersentuh...

sekadar perkongsian & peringatan utk diri sendiri jugak...

 Assalamualaikum.... 

Sibuk kejar kehidupan dunia?
wang berguni pun x cukup!
Kerja sepenuh masa. 
Rindu orang itu, orang ini.
Cemburu orang itu dengan orang ini. dengki hati jadi mainan 

Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi keje. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. 

Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan.

Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita.

Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. 

Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. !! sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk    ni.
"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan"
Tergamam.

Ah Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. 

Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang. 

Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? 
Jga aurat wahai shabat2ku...  Tepuk dada, tanya iman.```

Sbg peringatan utk kita yg sering terleka dgn hal dunia..
۞  آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ ۞

Bumi Tuhan... Bersaksilah