*M601*
Pendidikan itu tapaknya sembahyang atau asasnya sembahyang,
tunjangnya iman,
ia dipraktikkan bermula di dalam keluarga, dari sinilah titik tolak
disiplin di dalam Islam. Kalau keseluruhan disiplin yang diwujudkan tidak bermula daripada disiplin sembahyang,
disiplin-disiplin yang lain tidak akan memberi kesan
*M602*
Berbuat baiklah sebanyak-banyaknya,
kemudian jagalah sebaik-baiknya.
Tinggalkanlah dosa semaksimal mungkin,
kemudian jagalah sebaik-baiknya
agar pahalanya tidak rosak.
*M603*
Di zaman dahulu
di masjid ibarat rumah tuan-tuan imam,
siapa yang datang ke sana
dia merasakan tetamunya.
Di zaman sekarang ini
tidak lagi begitu,
masjid telah menjadi pabrik-pabrik
atau ladang kepada tuan-tuan imam,
mereka tidak lagi terasa
orang yang datang ke masjid macam tetamunya.
*M604*
Merenunglah ke belakang
mana yang silap lalu diperbaiki,
pandanglah ke hadapan
apakah kebaikan yang hendak dibuat lagi,
inilah yang dikatakan muhasabah
dan muraqabah diri.
*M605*
Ketentuan dan taqdir Allah
kita tidak suka,
ujiannya kita benci menerimanya,
masa depan kita bimbang sahaja,
dapat nikmat bakhil pula,
bertambah nikmat bertambah tamaknya,
apabila dinasihat marah-marah sahaja,
ketika memberi mengaku ikhlas.
Inilah menunjukkan ibadah kita tidak berkesan,
kerana ibadah-ibadahnya tidak ada jiwanya,
apakah yang hendak kita sembahkan kepada Tuhan kita ?!
No comments:
Post a Comment