*M576*
Tidak mesti parti yang menang di sebuah negara itu ramai orang sokong karena model,tapi kebanyakan mereka menyokong,ada keuntungan pribadi.
*M577*
Mengembaralah di dunia ini dengan membawa akal dan hati,kita akan dapat pengalaman dan pengajaran,jangan sekadar membawa badan dan kaki,kita hanya mendapat kesusahan dan keletihan sahaja.
*M578*
Menjaga dan mengurus perkara/makhluk merbahaya seperti harimau,ular dll,lebih selamat daripada menjaga/mengurus dunia,karena orang sedar makhluk-makhluk tadi merbahaya,orang sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga agar tidak memudharatkan,tapi dunia,hati manusia cenderung,mata senang melihat,nafsu suka dan kebanyakan manusia tidak terfikir merbahaya ,akibatnya dunia merosakkannya.
*M579*
Dunia dan segala nikmatnya macamlah anak gadis yang cantik,jarang manusia tidak di godanya,siapa yang punya dunia tapi dunia tidak menodainya,dia adalah manusia luar biasa.
*M580*
Pada pandangan Tuhan,dunia ini tidak ada nilainya sedikitpun,sekalipun senilai sayap nyamuk,justru itulah Allah berikan kepada orang-orang jahat juga.
No comments:
Post a Comment