*M571*
Di akhir zaman, di zaman modern ini, juru cakap Islam ramai, juru pendidik sangat kurang, lantaran itulah yang pandai Islam pun tidak terdidik.
*M572*
Diantara rahsia mengapa majlis agama tidak ada kesan atau kurang berkesan, sekalipun selalu diadakan,walapun sepadang yang mendengarnya, contoh tidak ada, buat majlis terlalu rasmi atau formal yang tidak rasmi tidak berlaku, yang menganjurkan ada nawaitu yang tersendiri, tukang ceramah ingin glamour dan nama.
*M573*
Untuk menubuhkan sebuah parti atau jemaah, tidaklah terlalu susah, tapi untuk menjadi model kepada orang lain amat susah.
*M574*
Zaman sekarang ini, sebuah parti itu disokong orang, bukanlah orang ramai merasakan padanya ada model untuk diikuti, sebenarnya kerana ada tujuan-tujuan kepentingan pribadi.
*M575*
Kalaulah sebuah parti itu boleh menjadi model, walaupun di dalam negara demokrasi di benarkan lahirnya parti-parti, tapi orang ramai tidak menubuhkan parti-parti, kerana merasakan sudah cukup parti yang menjadi model itu.
No comments:
Post a Comment