*M631*
Jangan hanya belajar dengan guru, tapi belajarlah dengan pengalaman, belajarlah dengan kesilapan orang, belajarlah dengan tragedi dan peristiwa, itulah dia universiti yang bersifat universal.
*M632*
Alangkah indah dan bahagianya umat Islam, iman tunjang hidupnya, syariat disiplin, akhlak bunga kehidupannya, kemajuan dan kemudahan keselesaan hidupnya.
*M633*
Jangan hanya Tuhan di mulut tidak di hati, Islam sekadar diperkata, tidak dikota, Islam sekadar upacara, tidak menjadi amalan setiap masa, Islam jangan bermusim, tapi ia amalan harian.
*M634*
Kalaulah orang Islam itu ghairah mengamalkan ajaran Islam, tidak ada masa untuk berbincang, berforum dan bermesyuarat, kerana masa mengamalkannya sangat terbatas.
*M635*
Islam adalah panduan di dalam semua aspek kehidupan, daripada persoalan peribadi hinggalah kepada persoalan negara dan alam sejagat. Dia berlaku di waktu senang, di waktu susah, di waktu tenang, di waktu sibuk, di waktu sempit, di waktu lapang, di waktu musafir, di waktu menetap, di waktu malam, di waktu siang, di waktu aman, di waktu pergolakan, di waktu perang, di waktu damai, di waktu sakit, di waktu sihat, di waktu sempit, di waktu makmur, di waktu malapetaka, di waktu sejahtera, di waktu miskin, di waktu kaya, di waktu ada gejala masyarakat, di waktu masyarakat sihat, di waktu perpaduan, di waktu perpecahan. Begitulah peranan Islam, bukan sekadar setelah timbul gejala masyarakat, ibarat cacing sudah naik ke mata, barulah sibuk mencari Islam. Jadi Islam bukan untuk di waktu sesak dan terdesak, tapi untuk sepanjang hidupnya atau hayatnya.
No comments:
Post a Comment