Bagaimana Cara Kita Merebut Fadhilat Di Bulan Rejab?


Al Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafez

■ Adalah Sayyidina Ali R.A. melapangkan masanya untuk beribadat pada Malam Pertama Bulan Rajab. Ianya merupakan malam Fadhilat, dan merupakan salah satu dari malam-malam yang mustajab doa seperti yang diriwayatkan.

■Dan telah sahih bahawa Rasulullah Saw berpuasa  dari bulan rejab. Dan Baginda memuliakannya membesarkannya dan mengagungkannya.

■Dalam Hadis bersabda "Perbanyaklah kamu beristighfar di dalam bulan rejab kerana sesunguhnya bagi Allah pada setiap saat dari bulan Rejab ada pembebasan dari api neraka". 
Maka hendaknya kita perbanyakkan beristighfar dan tahqiqkan taubat di bulan Rejab.

■Maka Rejab ini bulan untuk menyemai benih : Istighfar dan taubat kepada Allah, dan keazaman yang sungguh dalam menghadap kepadaNya, mengambil berat urusan kerabat dan jiran, dan mengambil bahagian dalam bersedekah di bulan Rejab. Dan mengambil bahagian dalam berpuasa walaupun sekadar 3 hari jika tidak mampu lebih lagi. Dan sesiapa yang berkemampuan hendaknya sembelih kambing kerana Allah di bulan Rejab maka sembelihan inilah yang dinamakan 'Athirah'

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah