*M596*
Allah tidak memandang amalan yang banyak, tapi Allah memandang ibadah yang bernilai sekalipun sedikit.
*M597*
Ibadah yang berkesan itu ialah ibadah yang melahirkan akhlak yang mulia,
akhlak yang mulia bukan pada percakapan atau ceramahnya tapi gerak geri,
gerak geri bukan kerana peraturan atau etika pergaulan tapi tabiat diri,
bahkan satu aspek daripada dirinya
ertinya sudah sebati
*M598*
Tidak mesti setiap benda yang besar itu bernilai atau paling bernilai,
di dunia ini benda yang paling bernilai dan mahal ialah benda yang kecil iaitu intan dan mutiara,
begitulah amal ibadah di sisi Allah itu,
Allah tidak mengukur tentang banyaknya atau dipandang besar,
tapi amal ibadah yang paling ikhlas yang kita buat, sekalipun ibadah kecil sahaja pada pandangan mata.
*M599*
Buatlah kebajikan kepada orang ramai secara tidak rasmi,
itu lebih selamat daripada riya' dan ingin nama,
agar pahalanya terpelihara daripada membuat kebajikan kepada orang ramai secara rasmi
payah dijaga, daripada ingin nama, hilang pahala
*M600*
Walau sebanyak manapun kita bersembahyang berpuluh tahun kita lakukan
hitam dahi, sakit-sakit kaki,
tapi yang sembahyang itu fizikal lahir kita, yang berdiri badan,
akal dan hati tidak berdiri
badan yang rukuk, akal dan hati tidak ruku',
badan yang sujud, akal dan hati tidak sujud,
yang membaca lisan, akal dan hati tidak membaca.
Inilah rahsia mengapa sembahyang tidak memberi kesan.
Itulah rahsia mengapa orang yang bersembahyang berbohong, rasuah, penipu, bakhil, sombong, khianat, mengumpat, kejam, zalim, pemarah, riya', suma'ah, tidak bertimbang rasa, tidak bertolak ansur, tamak, jahat sangka, ingin nama, suka glamour dan lain-lain lagi sifat yang keji,
sedangkan sembahyang Allah berkata :
tanha 'anil fahsya' i wal mungkar
No comments:
Post a Comment