APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG MADU?



Saya terpanggil untuk berkongsi makumat tentang artikel berkenaan madu yang menjadi tular dalam media sosial baru-baru ini yang mungkin agak mengelirukan

Soalan 1. Adakah madu sesuai diambil bersama garam?

Jawapan
Penggunaan garam yang tinggi akan menurunkan aktiviti enzim dalam madu. Fungsi enzim dalam madu adalah untuk membantu memecahkan bahan-bahan berkhasiat dan membantu memecahkan bahan seperti karbohidrat dan protein.

Pengambilan madu beserta garam akan menurunkan aktiviti enzim dalam madu dan secara tidak langsung ianya akan mengurangkan khasiat madu tersebut.

Soalan 2. Bagaimanakah bahan berkhasiat dalam madu diserap dalam badan?

Jawapan
Kenyataan yang menyatakan bahawa makanan yang berada dalam perut melebihi 20 jam akan menyebabkan keracunan adalah kurang tepat. Kajian yang saya lakukan menunjukkan bahawa kebanyakan bahan berkhasiat (polifenol) akan dipecahkan dan diserap dalam badan di antara 5 hingga 24 jam dan ianya berlaku dalam usus besar manusia.

Madu tinggi asid fenolik (bahan berkhasiat) dan bahan ini diserap dalam perut dan usus kecil dalam masa 5 hingga 30 minit. Seeloknya diminum semasa perut kosong dan pengambilan makanan lain sebaiknya dibuat selepas 1 jam minum madu.

Soalan 2. Bagaimana cara makan buah dan adakah madu boleh diambil bersama buah atau makanan lain?

Jawapan
Kita boleh makan buah dalam keadaan perut kosong. Ini disebabkan bahan berkhasiat antioksidan (asid fenolik) akan lebih mudah dan lebih banyak diserap. Jika seseorang itu tidak tahan dengan buah-buahan berasid, buah boleh diambil bersama sedikit makanan contohnya roti. Cuma perlu elakkan makan buah bersama makanan tinggi protein atau lemak contohnya susu.

Jika anda ingin minum madu bersama susu, sebaiknya ia diambil bersama barli. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa “Rasulullah s.a.w. menyuruh agar talbinah disediakan kepada orang sakit dan orang bersedih atas kematian seseorang. Beliau (Aisyah) berkata `Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda . `Sesungguhnya talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan”

Talbinah dibuat menggunakan barli + susu + madu

Barli juga tinggi beta-glukan dan bahan ini;

   a. merupakan fiber larut air
   b. tidak dapat diuraikan oleh enzim 
       pencernaan usus kecil
   c. terus dibawa ke usus besar dan 
        difermentasi oleh mikroflora usus besar
   d. bertindak sebagai prebiotik iaitu 
       menggalakkan pertumbuhan bakteria
       baik seperti bifidobakteria, laktobasillus 
       dan merencatkan pertumbuhan  bakteria 
       berbahaya seperti enterobacteriaceae.
   e. membantu meleraikan bahan berkhasiat 
       dalam madu yang mungkin terikat bersama     
       bahan lain dalam usus besar manusia

Buah juga boleh diambil bersama madu kerana kebanyakan bahan berkhasiat dalam buah adalah dari jenis larut air, sama seperti dalam madu. Enzim dalam madu juga akan membantu meleraikan bahan berkhasiat dalam buah agar ianya hadir dalam bentuk bebas dan seterusnya mudah diserap dalam perut manusia

Soalan 3. Bagaimana cara untuk menentukan madu itu asli atau tidak?

Jawapan
Menurut kaedah tradisional, keaslian madu ditentukan dengan merujuk kepada beberapa kaedah ringkas. Diantaranya adalah…

   a. Madu asli akan berbentuk hexagon (segi 
        enam) bila digoyang dalam  gerakan 
        memusing dalam semangkuk air.

   b. Madu asli membenarkan mancis yang
          telah  dicelup ke dalamnya menyala 
         walaupun madu masih ada di kepala 
          mancis – madu asli atau tiruan akan 
          menyala jika kandungan airnya rendah 

   c. Madu asli tidak membentuk mendapan 
       walaupun disimpan bertahun-
       tahun.

       Sebenarnya, madu lebah asli – air 
       (18%-20%). Maka madu lebah asli 
       atau tiruan tetap akan mengeras jika 
       dibiarkan lama didalam peti sejuk 
       beku terlalu lama.

Semua kaedah di atas BELUM lagi dibuktikan secara saintifik dan diragui kebenarannya

Cara yang terbaik untuk menentukan keaslian madu ialah dengan merujuk kepada Alquran iaitu dalam Surah AnNahl (16): ayat 69

…kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan, maka masuklah oleh engkau jalan-jalan Tuhan engkau yang dimudahkan, ia keluar dari perut2nya minuman (madu) yang berlainan warnanya, padanya penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, tanda2 bagi kaum yang mereka berfikir….

    a. Madu yang banyak khasiat adalah madu 
        yang mempunyai pelbagai  warna 
        contohnya warna kuning emas, warna 
        gelap cthnya perang 

    b. Antara komponen warna dalam madu 
        dipanggil antosianin dan bahan  ini 
        termasuk dalam kumpulan flavonoid    
        (antioksidan). Bahan antioksidan yang
        diterangkan dalam ayat ini adalah bahan
        penawar kepada manusia

    c. Ini menunjukkan bahawa AlQuran bukan 
        perkataan manusia dan ianya adalah 
        Kalam Allah yang diturunkan 1400 tahun 
        dahulu. Sains baru sahaja menjumpai 
        komponen warna/antioksidan boleh 
        bertindak sebagai ubat atau penawar

    d. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa
         makanan khususnya madu boleh 
        bertindak sebagai ubat atau penawar
        penyakit. Dalam lain perkataan - 
        `Food as Medicine’

    e. Bahan antioksidan ini boleh dianalisa
            menggunakan alatan makmal yang 
            dikenali sebagai HPLC

Kajian saya menunjukan madu kelulut lebih tinggi khasiat asid fenolik berbanding madu biasa. Hasil kajian saya juga madu kelulut asli juga ada yang mempunyai warna seperti susu tetapi kebanyakkan madu kelulut berwarna emas, perang (pekat atau pudar)

Soalan 4. Adakah madu boleh diletak dalam peti ais?

Jawapan
Madu sebaiknya disimpan dalam chiller atau suhu bilik (jika telah dibuang airnya). Madu (khususnya madu kelulut) sebaiknya dibuang air untuk mengelakkan berlaku penapaian (yang akhirnya akan mengurangkan khasiat madu tersebut). Enzim dalam madu juga akan rosak jika didedahkan pada suhu tinggi. Bahan karbohidrat dalam madu juga akan berubah kepada hidroksimetilfurfural (HMF) jika didedahkan pada suhu tinggi seperti dimasak atas dapur atau diletakkan dalam bonet kereta pada suhu panas

Moga Bermanfaat

BIODATA PENULIS
Dr Suri Roowi, Saintis Prinsipal dan Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan - Makanan Kesihatan (Food Desigining), Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan, MARDI. Beliau banyak terlibat dengan analisa bahan berkhasiat dalam madu, herba dan buah-buahan dan merupakan Pengerusi Kumpulan Kerja (WG) Standard Madu Kelulut Malaysia. Beliau juga banyak terlibat dengan pembangunan produk makanan kesihatan berasaskan madu. Dr Suri juga terlibat dengan kajian pre-klinikal (melibatkan kajian ke atas tikus) dan kajian klinikal (melibatkan kajian ke atas manusia) khususnya kajian ke atas penyerapan bahan-bahan berkhasiat dalam tubuh. Sebelum ini beliau pernah bersiaran dalam slot Rahsia Alam di bawah IKIM. Slot ini banyak berkongsi sumber-sumber alam sebagai makanan kesihatan

Pohon rakan-rakan FB agar dapat 'share' artikel ini agar lebih ramai lagi akan mendapat manfaatnya. Ameen

Terima kasih
# DrSuriRoowi

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah