Madah baru 95


*M586.* 
Alangkah indahnya dunia ini,
Tuhan disembah, akhlaknya bak bunga di taman,
kemajuan merata bumi,
kemana pergi di dalam keamanan,
manusia suka menerima tetamu,
bahkan jadi rebutan.


*M587.* 
Kalau hendak mencari kekayaan
biarlah melalui usaha-usaha
seperti berniaga, bertani, makan gaji,
asalkan halal
jangan melalui agama
kalaupun diharuskan tapi
tidak beradab dengan Tuhan


*M588.* 
Banyak kita dengar orang berkata
dunia kita hendak, Akhirat pun kita hendak.
Dunia pun kena ambil, Akhirat pun kena ambil.
Dunia juga kena fikirkan, Akhirat pun kena fikirkan.
Agama kena junjung, dunia kena kilik,
bagus kata-katanya
tapi malangnya, dia dibohongi oleh sikap dan tindakannya.
Dunia diutamakan
Akhirat sampingan atau sambilan


*M589.* 
Harta benda dan kekayaan dunia ini
walau sebanyak mana sekalipun yang kita gunakan
sedikit sangat iaitu sekadar yang dimakan
setakat yang dipakai
setakat yang digunakan
selain itu semuanya milik orang lain
walaupun nama kita
tidak seperti kekayaan di Akhirat
berdasarkan amal soleh kita di dunia
semuanya yang kita miliki
semuanya lah kita boleh gunakan

*M590.* 
Alangkah malangnya orang memburu dunia,
hingga tertinggal Akhiratnya, 
kemudian dunia tidak dapat,
Akhiratnya memang sudah terlepas,
rugi dunia Akhirat.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah