*M621*
Tidak mesti orang muda itu
muda ilmunya,
begitu juga orang tua
tidak semestinya matang ilmunya,
justeru ilmu itu kepunyaan bersama.
Siapa yang rajin berusaha mencarinya
tidak kira siapa, dialah yang memiliknya.
*M622*
Seseorang itu walau bagaimanapun tinggi ilmunya,
pada pandangan Islam, kalau dia tidak beramal dengan ilmunya,
dan tidak takut dengan Allah,
dia tidak di anggap orang alim.
*M623*
Biar ilmu sedikit dapat diamalkan
daripada ilmu banyak kita lalai/tidak dapat diamalkan.
Biar miskin harta jangan miskin jiwa.
*M624*
Apabila ilmu tidak diamalkan
dia jadilah bahan mujahadah,
akhirnya bersalah
selepas itu hilang ukhwah
seterusnya berlakulah pecah belah,
itulah yang terjadi hari ini.
*M625*
Berfikirlah ia akan membuahkan ilmu,
amalkanlah ilmu itu
ia akan membuahkan hikmah,
itulah yang dikatakan ilmu dalam ilmu.
No comments:
Post a Comment