*M626*
Kalau kita nilai segala nikmat
kita renung tentang kesusahan dan penderitaan,
kita fikir setiap ketentuan yang kita terima.
Masya Allah semuanya itu
ada ilmu yang besar-besar,
bahkan ilmu itu sangat memberi kesan kepada jiwa
dan sangat meneguhkan aqidah kita,
tapi malang sekali
kebanyakan manusia tidak dapat ilmu daripadanya.
*M627*
Banyak orang boleh memberi ilmu,
tapi tidak mampu memberi didikan,
justeru itulah di segi pelajarannya cemerlang tapi dari segi akhlaknya malang.
*M628*
Jadikanlah semua hal di dalam kehidupan kita itu pengajaran
atau guru yang mendidik kita,
tidak pernah meminta balasan
tapi
memberi pengajaran yang amat dalam
dan kalau kita faham
banyak memberi didikan kepada kita,
yang boleh membaikkan kita
*M629*
Rasulullah SAW serta para sahabat Ridwanullahu alaihim,
mengajar dan mendidik manusia
kebanyakan berlaku secara tidak rasmi,
apabila bertemu saja dengan manusia
samada percakapannya, perbuatan dan sikapnya
ialah bersifat ilmu dan pendidikan,
justeru itulah sangat memberi kesan,
kita mendidik orang banyak secara rasmi,
ditentukan masa ditetapkan tempat,
diberitahu siapa penceramahnya,
istiharkan siapa penganjurnya.
Di dalam majlis ceramah banyak pula gelak ketawa,
belum lagi nawaitu, masing-masing kita tidak tahu
bagaimanalah hendak berkesan ?
*M630*
Para-para nabi dan para-para Rasul sahaja
yang terdidik tanpa pendidik
dari golongan manusia,
selain itu memerlukan pendidik yang baik dari manusia,
kalau seorang itu mahu menjadi orang yang baik
dia hendaklah dididik oleh orang yang baik,
itulah orang yang bertaqwa.
No comments:
Post a Comment