*M646*
Kalau ada satu golongan umat Islam
atau satu kaum dikalangan umat Islam,
kecemerlangan akhlak mereka makin meningkat,
makin lama makin terserlah,
makin lama makin indah,
tanda kaum itu jangka panjang akan menguasai dunia.
Tapi kalau umat Islam itu
kemajuan dan pembangunannya
bertambah pesat, tapi akhlak makin menurun,
gejala masyarakat makin memesat,
tanda bangsa itu hendak hancur atau rosak.
*M647*
Di dalam Islam menyembunyikan kebaikan itu sangat disuruh,
sepertimana kita menyorokkan kejahatan kita.
*M648*
Banyak orang membaca tidak berfikir,
banyak orang berkata tidak mengkota,
banyak orang bercerita tidak dapat hikmahnya,
banyak orang memberi nasihat, tidak mahu nasihat.
*M649*
Jangan belajar sahaja tapi ambillah pengajarannya.
Jangan bercerita sahaja tapi ambillah hikmahnya.
Jangan perhati sahaja, tapi prihatin sama.
Jangan mendengar sahaja, tapi nilai sama.
*M650*
Senang tidak mesti bahagia,
susah tidak mesti gelisah,
kaya tidak mesti selesai masalah,
miskin tidak mesti membuat masalah.
No comments:
Post a Comment