*M651*
Berfikirlah tapi jangan salah fikir,
merenunglah untuk menginsafi,
bukan merenung yang tidak punya erti,
prihatinlah bukan sekadar perhati.
*M652*
Bunga yang palsu itu nampak lahirnya lebih cantik,
dan lama umurnya daripada bunga asalnya,
tapi manusia tidak dapat merasakan keharumannya
dan tidak memberi oksigen kepada manusia.
Bunga asli walaupun pendek umurnya,
tapi baunya harum dan mempunyai oksigen,
untuk memberi munafaat kepada manusia.
*M653*
Di antara cinta yang boleh membawa jiwa derita atau seksa,
mencintai orang yang tidak mencintai kita,
mencintai orang yang tiada lagi dengan kita,
mencintai orang yang pernah mencintai kita, kemudian tidak cinta lagi dengan kita,
mencintai sesuatu yang tidak mungkin dapat.
*M654*
Hendaklah kita menjadi orang yang bercita-cita,
kita akan berjuang ke arah cita-cita kita itu.
Jangan menjadi orang yang berangan-angan,
kita tidak buat kerja,
masa terbuang percuma.
Angan-angan itu macamlah orang yang menjadi kaya
di dalam mimpi sahaja.
*M655*
Tindakan seseorang itu bolehlah dibendung dan disekat,
tapi cita-cita dan kehendaknya tidak boleh dibendung dan disekat.
Bolehkah dibendung atau disekat?
No comments:
Post a Comment