*M681*
Hari ini sibuk orang menyesatkan dan mempersalahkan dukun
yang mempercayakan keramat, keris jampi, mantera.
Baguslah ! tapi
keyakinan dan semangat ini makin lama
makin kekurangan, kerana
orang sudah banyak yang pandai,
orang tidak mahu lagi, tapi
timbul kesesatan yang lain
yang berbentuk moden yang lebih hebat lagi,
namun demikian jarang sangat orang menyalahkan,
ulama-ulama pun tidak berani menyalahkan,
mungkin barangkali sudah hampir semua golongan terlibat.
justeru itu orang tidak mempersoalkan lagi
iaitu faham kebendaan, faham sekular,
panganut isme atau ideologi,
orang yang tidak memperdulikan Allah
atau acuh tak acuh dengan Tuhan.
*M682*
Rahsia mengapa gejala-gejala masyarakat hari ini
walaupun sudah diusahakan dengan gigih,
namun bukan sahaja tidak berkurang,
bahkan bertambah meningkat,
kerana sebahagian manusia yang menangis
sama-sama membuat kemungkaran dan maksiat,
cuma tidak nampak oleh mata,
seperti apa yang dibuat oleh para remaja
yang dapat dilihat oleh mata kepala. Kalaulah dapat dilihat, jangan-jangan kejahatan yang dilakukan
oleh remaja itu lebih ringan
daripada kejahatan yang tersembunyi itu.
*M683*
Apabila manusia menjadikan duit
dalam sebarang perkara, termasuklah belajar agama,
Allah akan menimpakan kepada mereka
bermacam-macam gejala masyarakat,
agar menjadi bala kepada mereka.
*M684*
Biarlah pengetahuan, kemajuan,
kekayaan itu melahirkan manusia
yang bersyukur, taat, berkasih sayang,
perpaduan, pemurah, harmoni,
merendah diri, bertimbang rasa,
hormat-menghormati, bertolak ansur.
Janganlah melahirkan sebaliknya
iaitu kufur, sombong, bangga, tamak, bakhil, zalim
khianat, rebutan, perpecahan dan gejala-gejala
tidak sihat, agar masyarakat sihat
dan harmoni serta dapat keampunan Allah.
*M685*
Di antara masalah gejala masyarakat
yang tidak sihat, payah hendak diselesaikan.
Sebagian besar orang yang menanganinya
kerana hobi, kerana nama, kerana kepentingan,
kerana arahan, kerana takut apa orang kata,
bukan kerana Allah untuk keredhaanNya.
No comments:
Post a Comment