Showing posts with label Cinta dunia vs Cinta Tuhan. Show all posts
Showing posts with label Cinta dunia vs Cinta Tuhan. Show all posts

KAWIN KERANA APA?

13 Syawal 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Nabi saw bersabda:

"1. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana kehebatan dunianya , Allah hanya menambah kehinaan padanya.

2. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana hartanya, Allah hanya menambah kepapaan kepadanya.

3. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana keturunannya, Allah hanya menambah kerendahan padanya.

4. Sesiapa yang mengahwini wanita hanya kerana untuk menjaga pandangannya, memelihar farajnya atau untuk menyambung silaturrahim, Allah akan memberkati lelaki tadi pada isterinya dan memberkati isterinya pada lelaki tersebut."

Hadis riwayat at-Thabrani
.


Oleh itu kita kena lihat booster pendorong kepada perkahwinan kita. Ini sangat penting terutama lelaki yang akan mengetuai keluarga. Ini bagi memastikan perkahwinan kita diterima disisi Allah swt.

JADILAH LELAKI YANG TERBAIK

Lelaki perlu lebih bersdia untuk bahtera perkahwinan lebih dari wanita. Lelaki perlu melayan sebaiknya kepada isteri seprti Rasulullah saw melayan para isterinya. Nabi saw bersabda:

" Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik adalah orang paling baik kepada isterinya, akulah orang yang paling baik kepada isterinya."

Hadis riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim

JANGAN JADI DAYUS

Jangan pula salah anggap bahawa lelaki yang baik ini lelaki yang mengikut semua kemahuan isteri sehingga membuat perkara yang dilarang. Begitu juga sanggup mempertahankan rumah tangga walaupun pasangan tersebut menyebabkan runtuhnya iman dan akhlaknya. Nabi saw bersabda:

" 3 golongan yang tidak masuk syurga 1. Penderhaka ibu bapa 2. lelaki yang dayus 3. wanita yang menyerupai wanita."

Hadis yang baik sanadnya seprti dinyatakan oleh pengarang kitab " safwatul ahkam."

Lelaki perlu mengajar perkara yang wajib kepada isterinya seperti ilmu akidah, solat, zakat, puasa, pernikahan, muamalat (jual beli Islam), pembersihan hati dan lain-lain. Kalau dia tidak mampu si lelaki wajib mengajak isterinya pergi kelas pengajian seumpama ini.

Bagi pendapat saya kelas muamalat jarang ada di malaysia kerana kuliah malam kebiasaannya adalah tajuk umum. Lebih kepada kelebihan dan dakwah. Ilmu yang lebih mendalam terutamanya muamalat adalah jarang diajar.

PASANGAN MUSUH

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلَادِكُمْ عَدُوّاً لَّكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ وَإِن تَعْفُوا وَتَصْفَحُوا وَتَغْفِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Hai orang-orang mu'min, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Surah al-Munafiqun ayat 14

Menurut sebab penurunan ayat ini di dalam hadis2 yang sahih adalah kerana lelaki2 yang berada di mekah hendak belajar ilmu Islam dari Rasulullah di madinah. Namun pasangan mereka yang merayu dan menghalang untuk belajar ilmu Islam.

Kemudian turun ayat ini. Sepatutnya perkahwinan menyebabkan bertambah rajin untuk menuntut ilmu, berama ibadah dan berkerja untuk Islam tetapi yang terjadi sebaliknya berlaku. Pasangan yang berkahwin hendaklah pastikan ke3 perkara tadi bertambah selepas perkahwinan iatu ilmu , amal dan kerja Islam.

Inilah keredaan tuhan dalam perkahwinan. Hanya Salah satu dr tadi bertambah juga tidak memadai kerana 3 perkara ini adalah saling melengkapi. Setakat seronok , happy, bg makan, hubungan kelamin , rumah , perlindungan diri mdan lain2 binatang pun boleh bagi hehe. Oleh itu pilihla pasangan elok2 samada lelaki atau perempuan.

NABI YANG SPORTING KEPADA ISTERINYA

Kalau perkara yang tidak dilarang sisuami hendaklah cuba melayan dan memenuhi kehendak isterinya seperti mana baginda bersama isterinya. Ini beberapa peristiwa Nabi melayan isterinya:

1. Nabi berlumba lari dengan aisyah (hadis BUkhari)

2. Nabi memanggil penyanyi pada hari raya untuk aisyah mendengarnya (hadis sahih)

3. Nabi bagi peluang kepada aisyah untuk melihat permainan tombak oleh org2 habsyah. Masa tu aisyah berada dibelakang nabi dan pipinya rapat dengan pipi Nabi. (hadis sahih Bukhari)

4. Aisyah dan Saodah melawak dengan depan Nabi. Mereka saling ambil makanan dan letak di muka madunya.

MUNAJAT

YA ALLAH DIRI INI TIDAK LAYAK MENDAPAT JODOH LANTARAN DOSA,

TIDAK LAYAK UNTUK MENDAPAT JODOH YANG BAIK LANTARAN DOSA2,

TIDAK LAYAK MENDAPAT ZURIAT YANG BAIK LANTARAN DOSA2,

TIDAK LAYAK MASUK SYURGA MU LANTARAN DOSA2,

TETAPI DENGAN RAHMAT MU KAMI BERHARAP AGAR ENGKAU BERIKAN KAMI JODOH YANG BAIK , YANG MENGHIBUR KAMI , YANG TAAT PADA KAMI, YANG MENEGUR KESALAHAN KAMI DENGAN BAIK, MENDAPAT ZURIAT YANG BAIK DAN MASUK KE DALAM SYURGA MU DENGAN PASANGAN KAMI DI DUNIA.

YA ALLAH TERIMALAH KAMI ..

TERIMALA DIRI INI

TERIMALAH DIRI INI.

Cinta jemaah yang kecundang...

salam semua. Inilah artikel yang Ingin saya kongsikan bersama..
hayatilah.. Cinta Jemaah Yangg Kecundang.
p/s: maaf coz bahasa yang di gunakan agak keterlaluan sket..huhu.. sket jer=)

1. hai boleh sayer kenal sayer tertarik dengan perwatakan sopan awk, da lamer sayer perhati awk,awk budak baik n tertarik ngan tudung labuh awk..sayer harap kiter boleh berkenalan..ukhwah fillah eh orang kater..sayer x pandai sangat arab...

2.terima kasih menerima sayer, sayer akan try sedaya mungkin menjaga awak dan mengikut syariat,sayer tau sayer bukan baik, tp sayer sentiasa cuber terbaik untuk awak...

3.ingat tau,keluar jaga aurat, jangan bagi orang nampak... kuar ngan kekawan tau, balik kntek,,, sayer doakan awk.

4.wak, nape x kntek sayer, sayer risau awak kuar lelamer..ye,,,sayer x der hak, sayer tau sayer percaye awk, tp sayer x tau nak kater mcm maner,kiter x bertemu selalu, just nampak dari jauh jerkan..., tp sayer rase awk mcm berada depn sayer...mungkin nie yang orang kater cinta kot, wak, wak cinta sayer? x nak bagitau,,, tp sayer tau awak cinta sayer... awk da malu nak jalan tempat sayer lepak sebab malukan... hehehr...tq. ..sayer cinta awk...

5. wak, selain family, wak sayang siaper? saper sayer dalam hati awk?

6.wak, dari kawn kiter just panggil sayer awk jer, mcm sayer x istimewa untuk awk jer;) sayer teringin gak nak jadi mcm kawn sebilik sayer nie, panggil sayang... bolelah, bukan salah pun, just panggilan jer...tq sayang...

7.yang, kekadang sayer tengok ayg nie mcm x percayer sayer je,,, yela, sayer just tanyer awk pakai ape jerkan ;( hehehe... yer tq bgtau, makin sayang sayer kat awk...

8,yang, sayer nak ayang tau, ayang lah segalanyer untuk sayer, sayang la pemberi semangat untuk sayer... yang, sayer harap ayang n sayer x der rahsia lg...jgn risau, ini kan membuktikan sayer take care ayang kan... so, jangan risau k, yer... sayer akan jaga ahsia kiter... just msg je kan...

9.ayang dah lamer kiter msg, boleh x kitr jumper? yer... ayang bawa lah kekawan k,,, tq yang...

10.tq panggil sayer ngan panggilan abg,,, abg tunggu da lamer da,,, abg tau, kiter x leh pakser dalam perhubungan. ..

11.ayang, wat pe 2, nak cakap cikit, naper ayang bawa satu batalion nak jumper abg?? ayang x percayer abg eh....

12.ayang kiter jumper k,,, abg suka ayang pakai tudung yang abg beli 2, yang mcm wardina 2, bukan ayag x cantik, judi makin cantik,,,,nipis sikit jer..kiter jumper nanti ayang bawa la sorang jer k...

13.ayg,abg nak mintak maaf dengan aper yang jadi... abg td tersentuh jari ayg, tq yang, tol ckp ayang, tersentuh x per...makin la tebal cinta abg kat ayang..ayang suker jumper abg?tq yang, td cian tengok kawn ayang duk je diam,...yer. .. nanti abg bawa kawn abg, leh dier borak kan...yang, abg suker tngk mater ayang,malu malu lak dier,,,ayang td cantik...

14.tq jumper td,ayang cantik... abg romantik pun salah ker? suker abg romantik eh, td jumper da berani tenung abg.... tq.... tengk kwn ayang n kawan abgmcm melekat jer... senang la kiter jumper... tengk, ALLAH membrkati kiter...ayang da solat? doakan abg sekali k...

15.yang,just nak tanyer... ayang cintakan abg berape peratus?aper tandanyer?50% je...yang, nak tanyer, rambut ayang pnjng x, just terpikir,,,,

16.td terbeli tudung pendek, ,,, yang bg kat ayang tu...yang, bg lah gmbr ayng special untuk abg pakai tudung 2...cantiknyer ayng...gmbr nie abg wat wallpaper hp...

17.yang, cintakan abg berape peratus?sepenuh hati? tq!!!!!!! ilove u sayang....

18.yang, da lamer kiter couple, x kan abg pegang tangan nak mara, ayang kan milik abg...tq paham abg...

19.kater ayang cintakan abg sepenuh hati... kalu ayng cintakan abg aper buktinyer yang,,,,------------ --------- --------- --------- --------- --------- -


Adakah anda salah seorang yang tersenyum apabila membaca perenggan-perenggan di atas? Saya adalah salah seorang yang tersenyum. Senyum kerana terkena pada diri sendiri atas sikap yang lalu. Senyum tersebut yang pada mulanya rasa suka bertukar menjadi benci. Senyum bertukar pada pemikiran. Berfikir akan sebuah lagi sifat-sifat najis yang berada di dalam diri kita semua. Percaya ataupun tidak, ayat-ayat najis di atas turut digunakan oleh individu yang mengaku memperjuangkan Islam dan mengaku berdakwah. Seperti saya contohnya, dengan lantang saya menulis, bercakap di majlis-majlis keramaian dan usrah tentang dakwah, marhalah, takwin, tanzim dan sebagainya namun apabila berada di belakang ahli jemaah lain, menjadi taik, menjadi najis kepada perjuangan Islam. Atas kesedaran betapa kotornya najis ini, maka ia perlu di istinjak! Perlu di buang! Walau di depan orang atau di belakang orang, saya mesti menjadi 'orang yang sama'. Tidak hipokrit! Tidak berpura-pura!Jika di lihat rentetan perenggan di atas, ia adalah satu proses merosakkan masa depan seorang ahli jemaah. Ramai ahli jemaah yang keluar dari jemaah berpunca seperti kes di atas. Mereka keluar jemaah kerana berasa seronok dengan buaian nafsu dan sedar pada masa yang sama, jemaah melarang perbuatan itu. Setelah barangkali melakukan istikharah (istikharah taik kucing), maka dia membuat keputusan melepaskan jemaah bagi meneruskan agenda hidupnya yang dirasakan amat seronok dan amat termotivasi iaitu cinta! Seronoknya bercinta. Semua orang tahu. Ramai yang telah dan sedang mengalaminya. Bercinta sesama ahli jemaah terasa bagaikan sebuah perjuangan Islam yang indah. Setiap hari, bahkan mungkin setiap setengah jam, ada saja sms -sms peransang berjuang, sms tazkeerah, sms khaifahaluk, sms apa sahaja tentang Islam! INDAH! Sangat Indah! Siapa yang tidak suka akan sebuah keindahan? Semua orang suka. Semangat berjuang membuak-buak. Keinginan berjuang mendesak-desak. Masakan tidak, cinta dan berjuang adalah nikmat yang sangat istimewa. Bila keduanya bercantum, maka nikmat itu menjadi kuasa dua. Tentulah seseorang yang bercinta dalam jemaah itu menjadi hebat, mantap dan sebagainya. Namun, ramai yang terlupa, nikmat berjuang bukanlah dibuktikan melalui rasa seronok, rasa riang, rasa gembira, rasa suka. Nikmat Cinta memang dibuktikan dengan perkara tersebut, tetapi berlainan pula dengan nikmat berjuang. Nikmat berjuang yang sebenar adalah ketika mana seorang pejuang itu diuji oleh Allah dengan sesuatu ujian. Berjuang dirasakan amat indah apabila ditentang, di halang dengan pelbagai rintangan. Itulah nikmat berjuang! Sama sekali bukan hanya sms-sms 'selamat berjuang' daripada seorang kekasih. Bukan sms peneman dikala hadir ke program jemaah. Bukan sms peringatan ketika dalam perjalanan ke program jemaah. Bukan bukan dan bukan! Itu bukan berjuang. Itu bercinta. Jemaah hanya spare part ketika itu.Lantaran itu, seseorang ahli jemaah yang bercinta dan dalam masa yang sama dia juga berada dalam saf perjuangan hendaklah memastikan bahawa, cinta pada kekasih itu hanya sekadar sementara dan jangan dijadikan sebagai satu aset tetap dalam perjuangan. Jika tidak, akan berlaku kekeliruan antara duanya yang mana, jika berlaku konflik pada percintaan, maka ia akan mempengaruhi potensi dan komitmen sang pejuang tadi. Jika terlalu street mengatakan, AHLI JEMAH JANGAN BERCINTA!, pun saya rasa tidak boleh. Ini bukan dunia zaman dahulu yang mana pergaulan masih terbatas. Anak dara duduk di rumah dan pulang sebelum senja. Anak dara dilarang keluar malam. Perkahwinan pula diaturkan oleh ibu bapa. Sekarang tiada lagi situasi itu. Keadaan sekarang sudak tidak terkawal. Ibu bapa hanya tawakkal dan menyerahkan pada takdir tentang masa depan anak mereka. Jika dahulu, kehebatan anak-anak mudanya kerana ia terkawal. Ibu bapa umpama raja yang dihormati anak-anak. Suruh ke masjid, ke masjid lah. Suruh berkebun, berkebun lah.. Suruh kahwin, kahwinlah... .Namun, jika ingin bercinta wahai sahabatku sekalian.... berhati-hatilah. Bercinta bermakna sedang menghadapi risiko. Risiko yang terlalu banyak. Antaranya mungkin, putus cinta, putus jemaah, dan macam-macam lagi. Saya ada satu kes perihal dua orang ahli jemaah yang memegang jawatan tertinggi dalam tanzim jemaah. Keduanya bercinta atau istilah lain bercouple. Mereka sudah hampir bertunang. Sememangnya mereka saling cinta mencintai antara satu sama lain. Ditakdirkan, ibu kepada muslimat ini menolak cinta mereka kerana berlainan negeri. Ibu muslimat ini mahu menantunya satu negeri dengannya. Puas muslimat ini memujuk ibunya agar menerima muslimin tadi, namun sia-sia sahaja. Akhirnya, muslimat ini akur akan permintaan ibunya. Dengan berat hati, diberitakan jua kepada 'calon'nya si muslimin ini tadi. Apa responnya? TIDAK!! Tak BOLEH! Itulah respon seorang ahli jemaah muslimin yang pernah (atau sedang) memegang jawatan tinggi dalam tanzim. namun, keputusan muslimat ini muktamad. Kehendak ibu mesti diutamakan. Muslimin ini bingung. Terkejut. Terkesima. Satu perkara yang tidak pernah terduga di dalam akal fikirannya. bayangkan, sudah merancang untuk bertunang, tetapi ia BERUBAH sekelip mata. Cuba anda kelip mata anda sekarang. Buka. Ya, sepantas itulah ia berubah!Apa yang terjadi selepas itu? Muslimin ini kehilangan arah. Dikacaunya 'bekas calon' nya itu setiap masa. Call, sms, call di tengah malam, mengganggu di perjalanan nak ke kuliah, tarik tudung, memegang tangan secara kasar dan pernah menunggu di pintu masuk kolej. Pernah cuba untuk berbuat 'perkara terkutuk' di dalam lif apabila muslimin ini sentiasa mengekori muslimat tadi. Muslimat ini menjadi takut. Fobia. Trauma. Mengapa ini terjadi? Bukankah dia pimpinan? Mengapa tidak bersedia sebarang risiko di alam percintaan? Kini muslimin itu menjadi najis dalam perjuangannya di kampus itu. Amanah pada jawatan tetap dilaksana malah menjadi pengerusi pada program-program penting jemaah seperti tamrin dan rehlah. Tetapi, aktiviti sampingannya ialah seperti seorang gila yang menagih kasih seorang wanita. Kasihan! Banyak lagi kes-kes yang saya simpan dalam diari dan hard disk saya. Ini salah satu daripada beratus kes malah mungkin beribu. Sebenarnya, banyak najis-najis yang mendiami rumah jemaah sekarang. Lantaran itu, jika kita lihat, kekuatan jemaah Islam semakin kendur dan lemah. Suara yang dibuat-buat lantang atau sengaja menjerit-jerit ketika demontrasi lansung tidak menakutkan dan mengetarkan lawan malah hanya ditertawakan. Najis najis ini pandai menutup aibnya sendiri. najis ini pandai mengawal 'bau busuk' nya agar tidak dapat dihidu oleh orang lain khususnya yang berada sejemaah dengannya. Bagaimana mengatasi? Entah! Saya sendiri bingung memikirkannya. Hakikatnya, Dunia Cinta yang melalaikan perlu ditinggalkan! Itu step pertama! Sanggup? Jika step pertama pun sudak tidak sanggup, bagaimana hendak pergi ke step kedua....

aku tinggalkancinta kerana Allah...

Wahai teman-teman sekalian, Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian. Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya. Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali. Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.
Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya. Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya. Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap. Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah. "I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now." "Not a single phrase, nor a word." "My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning." Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini. Ummi berkata: "It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so." Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang. Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami. Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku. Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya. "Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya." Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu? Mafraq, Jordan._________________keredhaan -MU ku pohonkan dlm meniti perjalanan hidupku..insyallah..

cerpen untuk daei yg......

Assalamu'alaikum wbt...
Di sini saya nak kongsikan sebuah cerita yang saya dapati daripada
Klik Sini . Baca & Fikir. Moga mendapat manfaat drpdnya.InshaAllah =)
"Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik yea~…-Amin, UK-"
Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.
Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ….
Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu, aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu la sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.
Di KL, aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak, aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku…
Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan diaorang kat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sket. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sket la pendek cerita!."
"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk.
"Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.
Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah!
"Erh, abaikan je lah. Saja je saya tanya…" Amin cuba menyedapkan hati.
Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak 'rasmi' ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - 'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.'
Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang 'playboy' pada masa kini.
Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.
'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.
"Esok free tak? Boleh kita chatting?"
"Boleh... Saya free je." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wish birthday' aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.
"Ok.Tq..." balasnya pula.
Keesokannya, aku menanti awal dia online.
'Tuk. Tuk. Tuk..' Amin has signed in.
Oh, tepat sungguh waktunya...
Amin: assalamualaikum wbt.
Wani: wsalam…
Amin: apa khabar? sihat? iman baik?
Wani: alhamdulillah... sihat2..=) awak?
Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni… tp takpe, ok je semua
Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week...
Amin: welcome… tak balik. byk kerja sket tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit...
Wani: wah, rajinnya... baguslah!
Amin: hurm...
Amin: study macam mana?
Wani: ok je... new sem ni berat sket.. Jadual pack.
Amin: oic...
Amin: takpe, study rajin2 ye..
Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…
Amin: hurm…
Wani: apa dia? tanya la… sila2..
Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?
Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan 'kawan'… tak lebih daripada tu… tp, special sket… tiada couple-couple mcm org lain… declare pun tak kan?
Wani: so, statusnya kawan je la…
Amin: hurm…
Wani: erh, tak betul ke?
Amin: hurm.. ni opinion je la - antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj… yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima..
Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…
Wani: jadi…
Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…
Amin: sbb……
Amin: sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru…
Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…
Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber'zina'…
Amin: huh…
Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…
Amin: kononya Islamik…
Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam… then, org nampak Islamik…
Amin: saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber'couple2' nieh..
Amin: hurm…..
Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…
Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…
Amin: sorry… sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat…
Amin: dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…
Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…
Astaghfirullahalazim… Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi…
Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan bisikan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa…Cinta hakiki hanyalah pada Allah…
Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.
Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.
Aku terus menjawab ringkas….
Wani: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah…
Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.
Wani: wassalam.
Signed out
Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya… Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah.. Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.
"Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai." Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.
"Ya bang, Wani turun…"
Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan 'presentation' kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program 'Belia Negara 2057' esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta.
Sekian,Wassalam.
"Ya Allah, jauhilah kami dari perkara yang melalaikan serta perkara yang tidak memberi faedah kepada kami . Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ameen “

Akibat Gagal Membangun Insaniah


Manusia sememangnya inginkan perubahan dari jahat kepada balk dan lebih balk. Dari bodoh kepada cerdik dan lebih cerdik. Dan! jahil kepada berilmu dan menguasal lebih banyak ilmu. Dad mundur kepada maju dan lebih maju. Kalau seorang pemimpin pula suka kalau pengi­kut mentaatinya, menyayangi serta menghor­matinya. Begitu juga ibu bapa juga suka kalau anak-anak mengikut kata. Sejuk hati! kalau anak-anak mentaati mereka. Tidak kurang juga guru merasa bahagia jika anak-anak muridnya hormat dan sayang kepadanya.

Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Di mana-mana sahaja di seluruh dunia hari ini peminipin tidak ditaati malah dihenci, ibu bapa tidak dihormati malah ada anak yang membunuh ibu bapanya. Murid-murid atau pelajar-pelajar lebih-lebih lagi sudah tidak ada perasaan sayang kepada guru, mereka tidak merasakan guru itu berjasa kepada mereka. Guru juga tidak sayang pada murid, mereka menjalankan tugas mengajar hanya sebagai pekerja yang makan gaji.

Jadi di seluruh dunia hari ini sudah tidak ada kebahagiaan, keharmonian dan ketenangan. Para pemimpin, guru atau ibu bapa merasa buntu malah kecewa apabila masalah cuba diselesaikan, bukan sahaja masalah tersebut tidak selesai tetapi timbul pula masalah baru. Walaupun berbagai-bagai kajian dibuat, berbagai-bagai ilmu diajarkan, berbagai-­bagai teori dipersembahkan, berbagai-bagai alat kemudahan hidup yang canggih-canggih dicipta, berbagai-bagai kaedah dicuba, namun jalan penyelesaiannya tidak juga ditemui.

Semua orang bingung, bagaimana kepakaran yang dimiliki oleh cerdik pandai tidak dapat menyelesaikan masalah yang semakin kronik. Padahal sama ada pemimpin, guru atau ibu bapa semuanya suka jika mereka dihormati, ditaati, disayangi, disanjungi dan dikasihi oleh orang-orang bawahannya. Mengapa perkara ini berlaku? Mengapa mereka tidak boleh me­nyelesaikan masalah ini walaupun kepakaran, kehebatan, pangkat, jawatan dan kekuasaan berada di tangan?

Kita lihat cerdik pandai hari ini berjaya memiliki kepakaran dalam berbagai bidang ilmu, tetapi mereka tidak berjaya menahan pergaduhan dan pembunuhan daripada terjadi. Mereka berjaya membina bangunan-bangunan tinggi mencakar langit dan membangunkan kemajuan, tetapi tidak berjaya menahan dari melakukan pengkhianatan dan penipuan. Mengapa?

Mengapa mereka hanya berjaya membangunkan tamadun material dan fizikal, tapi tamadun insaniah dan rohaniahnya punah-ranah? Walaupun berbagai-bagai keselesaan hidup yang luar biasa ditemui tapi dalam masa yang sama budi bahasa sudah tiada. Manusia satu sama lain curiga-mencurigai. Alat-alat perhubungan yang canggih telah dicipta, hingga dunia semakin dekat dan kecil, semua golongan boleh bertemu di mana-mana sahaja di dalam negara bahkan di dunia dalam masa yang singkat. Tapi dengan kemudahan bertemu ini kemungkaran dan maksiat pun cepat merebak. Penyakit­-penyakit yang menakutkan seperti AIDS, menyerang dan membunuh manusia dengan dahsyatnya.

Jadi kita lihat cerdik pandai hanya mampu membangunkan tamadun yang tinggi tetapi gagal membentuk manusia yang berakhlak tinggi. Apalah ertinya kita kagum dengan lahirnya graduan-graduan yang cemerlang, tapi pandai pula merompak dan menyamun. Pelajar perempuan sudah berjaya setanding dengan lelaki tapi hilang malunya dan hancur maruahnya. Mereka tidak segan silu berkepit berpimpin tangan bahkan sampai mengajak lelaki masuk ke bilik. Bagi mereka, itu sesuatu perkara yang biasa dan tidak ada salahnya. Ahli-ahli ilmuan sungguh ramai. Cerdik pandai tidak terbilang. Tapi di waktu inilah manusia khianat dan curang, hingga susah hendak dipercaya oleh seseorang. Kemana pergi pun sudah tidak selamat. Rompak-merompak berlaku setiap hari. Rogol, pukul, zina, bunuh sudah jadi budaya hidup manusia. tambah lagi dengan kata­-mengata, tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah di kalangan sesama manusia lumrah berlaku. Demonstrasi berlaku di sana sini.
Ada kalanya sehingga menumpahkan darah. Akibatnya dendam kesumat pun membara di dalam hati menjadi mazrnumah yang sukar dibendung lagi. Dendam yang membara itu sekali-sekala menyala membakar apa sahaja yang ada, memusnah harta benda. Ia sudah menjadi bom jangka yang jika meledak akan memusnahkan apa sahaja.

Begitulah kroniknya masalah yang di hadapi kini. Walau memiliki akal yang bergeliga dan kemajuan yang luar biasa tapi hati atau jiwa manusia sudah mati atau buta. Inilah akibatnya apabila manusia hanya mem­bangunkan tamadun lahiriah tapi mengabaikan batiniahnya. Batiniah atau hati manusia inilah yang paling utama dibangunkan atau dihidupkan kerana di sinilah sumber kebahagiaan manusia. Hatilah yang akan merasa susah atau senang, bahagia atau derita. Justeru kalau hati sudah penuh bersarang dengan berbagai-bagai jenis penyakit, maka manusia akan hilang kebahagiaan, walaupun lahirnya dia dikelilingi kemewahan dan kesenangan.

Hati yang sakit ini adalah disebabkan ia sudah tidak kenal lagi Tuhan penciptanya. Lantaran itulah manusia hanya kagum dengan bangunan tinggi pencakar langit tapi tidak pernah mengkagumi Pencipta yang mengurniakan akal yang canggih itu. Usahkan hendak berterima kasih kepada Pencipta akal, mengenal-Nya pun tidak. Manusia sudah tidak tahu bagaimana hendak mengenal Tuhan, apalagi hendak rasa berterima kasih kepada-Nya. Rasa bertuhan langsung tidak wujud lagi di dalam hati manusia. Kalaupun percaya adanya Tuhan, tapi tidak kenal siapa sebenarnya Tuhan, apa peranan-Nya dan mengapa manusia perlu kepada-Nya. Selama ini manusia hanya tahu bahawa Tuhan itu hanya mengazab dan menghukum. Kalau berbuat jahat akan dihumban ke Neraka. Setakat itulah sahaja pengenalan manusia terhadap Tuhan. Sebab itu tidak hairanlah mengapa manusia tidak pernah jatuh hati kepada Tuhan.

Jauh sekali rasa indah bersama Tuhan. Sebenarnya inilah punca utama mengapa manusia dibiarkan dengan berbagai masalah yang kronik itu. Tetapi untuk mengeluarkan manusia dari masalah ini, manusia perlu menerima hakikat diri yang lemah. Janganlah kita mendabik dada dengan penuh kesombongan kerana mejasakan boleh menyelesaikan apa sahaja masalah. Tapi marilah kembali merujuk kepada Tuhan yang menciptakan segala masalah dan menciptakan pula jalan penyelesaiannya. Tuhan tidak pernah melakukan sesuatu yang sia-sia. Apa sahaja yang berlaku ke atas manusia, ada hikmahnya. Kalaupun nampak seperti menyusahkan kita tetapi hakikatnya itulah kasih sayang Tuhan kepada manusia. Setiap apa yang dilakukan-Nya ada pendidikan dan pengajaran.

Tuhan mahu kita kembali kepada-Nya dengan merasakan Dialah Pelindung, Penjaga, Pengawal, Pembela dan Penyelamat. Rasa-rasa inilah yang akan mendorong kita supaya cinta kepada-Nya dan takut untuk membuat sesuatu yang menjadi kemurkaan-Nya. Apa sahaja yang dilarang, kita takut untuk melanggar perintah-Nya. Itulah rasa bertuhan yang perlu disuburkan di dalam diri manusia agar sifat-sifat kehambaan dapat dikekalkan setiap masa. Bila rasa bertuhan subur di dalam jiwa, itulah pengawal dan penjaga dirinya setiap masa dan walau di mana jua ia berada. Bukan sahaja takut untuk melakukan kemungkaran bahkan cemas kalau-kalau Tuhan murka kepada-Nya.

Bumi Tuhan... Bersaksilah