*M606*
Kalau zaman dahulu
apabila ingin mencari ketenangan
beriktikaf di masjid.
Di hari ini di masjid banyak hal yang tidak menyenangkan,
bagaimanalah di masjid hendak mendapat ketenangan
*M607*
Berhati-hatilah kita di dalam hendak menentukan salah dan benar,
kerana ia tidak boleh diukur dan ditentukan,
sekadar ilmu yang ada pada kita,
jesteru ilmu Allah itu terlalu luas,
tidak semuanya mesti ada pada kita.
Pada orang lain mungkin lebih banyak lagi,
kecuali masalah yang kita tentukan itu
memang telah mahsyur di kalangan umat Islam.
*M608*
Penyangak yang berilmu
tidak nampak kepenyangakannya,
justeru itu banyak orang yang terkena, penyangak yang tidak berilmu
nampak kepenyangakannya,
mudah orang kenal,
selamat dari tipu dayanya
*M609*
Kalau kita hendak buru dunia dan nikmatnya, belajarlah ilmu dunia
dengan sebanyak-banyaknya,
kemudian gunakanlah ilmu dunia itu untuk mendapatkan dunia,
jangan gunakan ilmu akhirat untuk dunia,
kalaupun di setengah hal tidaklah salah tapi tidak jadi ibadah.
*M610*
Orang yang bertaqwa
ilmu dunianya pun dia boleh jadikan alat
untuk membangunkan Islam,
betapalah ilmu akhiratnya,
sudah tentulah lebih-lebih lagi.
Tapi orang yang fasik atau munafik
ilmu akhirat pun akan dijadikan alat untuk dunianya,
apatah lagi ilmu dunianya.
No comments:
Post a Comment