TAQWA ASET DUNIA AKHIRAT



Taqwa adalah aset bagi dunia dan akhirat.
Sumber bantuan, sumber rezeki, sumber kemenangan.
Kalau ingin musuh dikalahkan, baikilah diri untuk mendapat ketaqwaan.
Taqwa lebih tajam dari pedang.
Membaiki diri lebih canggih dari senjata moden.
Di dalam perjuangan, bukan senjata persiapan utama.
Walaupun senjata disuruh mengadakannya.
Membaiki diri lebih utama melakukannya.
Di dalam berhadapan dengan musuh, ia adalah senjata ghaib yang tidak nampak dipandang.
Ia lebih berkesan daripada senjata lahir yang tajam.
Tapi umat Islam di dalam perjuangan, sudah ramai yang melupakannya.
Di dalam berjuang, dosa juga dilakukannya.
Jika dosa telah berlaku di dalam perjuangan, ternafilah ketaqwaannya.
Tuhan pun berlepas diri, hadapilah musuh dengan sendiri.
Biasanya musuh, senjata lahirnya lebih baik dan canggih dari umat Islam.
Bagaimanalah hendak mendapat kemenangan di dalam perjuangan?
Kedua-dua senjata tidak dimiliki sama ada senjata rohani, mahupun senjata lahir.
Begitu juga doa-doa adalah senjata orang Mukmin.
Lebih-lebih lagi di masa berjuang.
Ia bukan menjadi senjata umat Islam.
Orang Mukmin dengan orang Islam jauh sangat bezanya.
Orang Mukmin, rasa bertuhan menghayati jiwanya.
Oleh itu usahakan ketaqwaan terutama di dalam perjuangan.
Ia adalah senjata yang paling ampuh dan tajam.
Awasilah di dalam perjuangan membuat dosa dan kesilapan.
Kerana ia lah nanti bantuan Tuhan tidak datang.
Kita akan kecundang dan menerima nasib yang malang. 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah