Tujuan berbagai ibadah hendak melahirkan rasa kehambaan
Kerana dari ibadah itulah akan lahir rasa bertuhan
Dari rasa bertuhan akan lahir rasa kehambaan
Dari rasa kehambaan akan lahir sifat-sifat kehambaan
Seperti malu, merendah diri, berkasih sayang
Bertimbang rasa, mengutamakan orang
Takut hendak membuat dosa dan kesalahan
Sabar, redha, memberi dan meminta maaf, membantu orang
Dan lain-lain lagi sifat-sifat kehambaan yang tidak perlu dinyatakan
Tapi hari ini ramai orang beribadah, tidak lahir rasa kehambaan
Yang lahir dari ibadah ialah sifat sombong, hasad dengki
Bermegah-megah, sum'ah, gila nama, memfitnah, mengadu domba
Berdendam sesama manusia, jahat sangka, bermusuhan sesama sendiri
Mengapa ibadah tidak mencapai matlamatnya?
Itulah merbahayanya orang beribadah secara tradisi
Dan juga beribadah kerana ganjaran dan fadhilat-fadhilatnya
Atau ibadah inginkan berkat, agar murah rezeki
Orang yang beribadah begini ghurur di dalam ibadahnya
Merasa dirinya membuat baik
Sebenarnya derhaka kepada Tuhannya
Di Akhirat nanti akan jadi muflis
Harapkan Syurga, Neraka yang menantinya
Kerana itulah beribadah jangan kerana fadhilat
Fadhilat itu biarlah hak dan ketentuan Tuhan
Tapi kita beribadah kerana hendak melahirkan rasa kehambaan
Kerana kita memang hamba
No comments:
Post a Comment