*M666*
Menjadi orang Islam (Muslim) mudah saja,
apabila mengucap dua kalimah syahadat,
Islamlah seseorang itu.
Tapi untuk menjadi seorang mukmin,
tidak semudah itu.
Dia kenalah faham, menghayati dan mengamalkan ajaran Islam lahir dan batin.
*M667*
Nama baik bukan boleh dijual beli
atau bukan boleh ditukar ganti.
Apabila satu dua sahaja perbuatan yang kita lakukan,
yang boleh menghilangkan keyakinan orang ramai,
kita tebus dengan sejuta ringgit pun
tidak akan boleh memulihkan semula keyakinan orang,
kita akan dihukum sampai mati.
*M668*
Hendaklah jadi orang yang pandai,
tapi jangan memandai-mandai.
Janganlah jadi orang yang bodoh,
tapi
membuat-buat bodoh tidak mengapa.
*M669*
Pakaian lahir kita
baju dan kain atau baju dan seluar.
Pakaian rohaniah atau pakaian batin atau maknawiah
ialah sifat-sifat taqwa.
Hendaklah kamu berbekal,
sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu
ialah sifat taqwa.
*M670*
Penderitaan ada kalanya banyak mengajar kita.
Kesenangan ada kalanya melalaikan kita,
tertutup pintu kebenaran,
pembaziran menjadi amalan,
istana mewah, makanan yang lazat rasanya,
gadis-gadis cantik yang menunggu-nunggunya.
Siapa menempuh jalan ke syurga
menderita dahulu senang kemudian.
Siapa menempuh jalan ke neraka
senang dahulu menderita kemudian.
Pilihlah mana satu,
kedua-dua jalan terentang di hadapan kehidupan kita.
Kedua-dua sangat jelas,
tidak ada kesamarannya.
Terpulanglah kepada kita
pilihlah mana yang kita suka.
No comments:
Post a Comment