Asas Agama Dan Asas Ibadah


Aqidah adalah asas agama Islam
Tidak ada aqidah, tidak adalah agama atau tidak jadilah agama
Thaharah  atau bersuci adalah asas ibadah
Ibadah sebahagian daripada agama Islam
Tidak ada thaharah, ternafilah ibadah
Atau tidak jadilah ibadah
Di sini kita akan memperkatakan thaharah lahir asas ibadah
Thaharah lahir banyak peringkat
Suci daripada najis wajib dilakukan 
Kalau tidak, ibadah tidak sah di sisi Tuhan
Najis tiga peringkat: najis berat, najis pertengahan, najis ringan
Di sini tidak perlu dinyatakan 
Kerana sudah ada di dalam pengetahuan
Suci daripada kekotoran, sekalipun tidak najis, sunat dilaksanakan, elok dilakukan
Tidak dilaksanakan makruh, dibenci Tuhan, elok sangat dielakkan
Suci daripada habuk daripada peluh atau daripada yang membawa bau busuk
Sekalipun tidak najis, sunat dikerjakan 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah