Madah baru 107


*M656*
Hukuman Allah itu ada pengajaran
dan memberi kesan, 
hukuman manusia membeban
dan tidak ada kesan, 
bahkan tidak ada kesan, 
bahkan secara umumnya 
orang yang kena hukum itu
membalas dendam berpanjangan.

*M657*
Buatlah jalan raya
sebesar dan seluas mana yang kita kehendaki, 
kalau pemandu-pemandu yang menggunanya berjiwa sempit, 
ia akan tetap selalu berlaku traffic jam. 

*M658*
Apabila menanam bukan di musimnya, 
menuai pun bukan pada masanya, 
kita akan gagal mendapatkan hasilnya, 
di waktu itu kita membuat kerja sia-sia.

*M659*
Tersalah,  tersilap, terlalai, terlupa
perkara biasa, boleh dijaga.
Yang menjadi masalah, orang yang sengaja
membuat salah, 
kemudian dapat dilindungi
oleh kuasa dan kepintarannya.

*M660*
Untuk melahirkan manusia yang berkualiti iaitu:
a. Allah dicintai dan ditakuti
b. Rasul ikutan diri
c. Ilmu memenuhi dada
d. Akhlak mulia hiasan diri
e. Fikiran tajam, cergas membuat kerja.
Ini memerlukan latihan dan mujahadatun nafsi
dengan pimpinan guru yang sejati.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah