Madah baru 90


*M561*
Apabila tidak redha dengan ketentuan Tuhan 
ertinya benci dengan Tuhan.
Tidak bersyukur ertinya lupa dengan Tuhan.
Tidak sabar ertinya menyanggah perbuatan Tuhan.
Tidak bertawakkal ertinya bekerja tidak mengharapkan bantuan Tuhan.

*M562*
Berjalanlah dengan tenang,
jangan terlalu memandang kiri dan kanan.
Jauhkan diri memandang rumah orang yang tingkap dan pintunya terbuka,
ditakuti terpandang pantang larang atau terpandang aurat orang.

*M563*
Tundukkan pandangan agar kita melihat yang perlu sahaja,
jangan luaskan mata kita
ditakuti akan terjatuh kepada dosa.

*M564*
Apabila laki-laki dan perempuan di dalam pergaulannya tidak menjaga matanya,
yang suami suka melihat-lihat perempuan-perempuan ajnabi, 
begitu pula si isteri suka bergaul bebas dengan lelaki-lelaki ajnabi.
Allah akan balakan kepada mereka, 
si suami kurang minat kepada isteri dan isteri kurang minat kepada suami, 
apabila ini berlaku 
mudah sahaja terjadi krisis rumah tangga.

*M565*
Di dalam ceramah atau syarahan,
isi lebih utama daripada bermain bahasa.
Apalah ertinya bermain bahasa,
orang yang mendengar terpesona.
Bila balik daripada majlis ceramah,
tidak ada apa yang hendak dibawa.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah