M636.
Islam akan terbangun dengan secara global,
sekiranya berlaku melalui contoh dan kuasa dari pemerintah,
contoh dan nasihat dari para ulama,
ketaatan dan kepatuhan dari rakyat,
tenaga dari pemuda.
M637
Di zaman salafussoleh dahulu orang yang masuk Islam kerana melihat orang Islam sembahyang, ada orang yang masuk Islam kerana melihat orang Islam ada yang menerima ujian penderitaan yang berat, tapi tidak pernah mengeluh, ada yang masuk Islam kerana melihat akhlak mulia mereka. Hari ini setiap hari orang kafir membaca tulisan Islam oleh orang Islam, melihat orang Islam sembahyang, berkongsi dengan umat Islam, semajlis dengan umat Islam, bahkan berkawan dengan orang Islam, tidak ada rasa hati pun orang bukan Islam hendak masuk islam. Hendak masuk Islam rahsianya tiada lain ialah ketaqwaan salafussoleh.
M638
Pangkat dan kekayaan hendaklah dijadikan alat untuk membangunkan syariat Islam dan akhlak bangsa, jangan pula syariat Islam dan akhlak dijadikan alat untuk kepentingan bangsa dan negara, pangkat dan kekayaan.
M639
Membangunkan insaniah manusia hingga dapat melahirkan hamba Allah yang berilmu dan bertaqwa ini, memerlukan kesedaran dan kefahaman, keyakinan, penghayatan, latihan istiqomah, guru yang bertaqwa dan doa.
M640
Untuk melahirkan hamba Allah yang bertaqwa tidak cukup dengan ceramah, syarahan dan forum. Ini memerlukan tukang cakap yang menjadi contoh dan model serta para pendengarnya terus dipimpin dan dilatih.
No comments:
Post a Comment