Madah baru 99


*M611*
Carilah ilmu bukan untuk rezeki,
tapi untuk panduan dan kemajuan manusia.
Carilah pangkat tapi untuk berkhidmat,
carilah harta tapi untuk mengagih-agihnya.

*M612*
Ilmu boleh mendatangkan / mendapatkan kekayaan, 
tapi kekayaan tidak mendapatkan / mendatangkan ilmu, 
ilmu memandu cara kehidupan.
Harta memudahkan kehidupan, 
oleh itu carilah ilmu ia merangkumi semua.

*M613*
Musang yang cerdik itu,
dia makan buah-buahan atau ayam,
yang di kebun-kebun atau diladang-ladang atau di padang-padang,
bukan makan yang di dalam perangkap,
mungkin makanannya lebih istimewa,
selepas makan, perut kenyang, dia terjebak. 
Begitulah umat Islam yang beriman lagi cerdik 
dia belajar ilmu, memburu kemajuan,
membangun,  mencari kekayaan,
tapi tidak sampai terjebak iman dan syariatnya.

*M614*
Ilmu yang tidak bertunjangkan iman itu
atau yang tidak bertunjangkan wahyu, 
walaupun yang tidak menyalahi Islam, 
apatah lagi yang menyalahi Islam
berkatnya tiada. 
Bila tiada berkatnya macam-macam boleh terjadi, 
di antaranya cepat tua, sakit kepala, 
ada ilmu tapi rasa jiwa kekosongan, 
mudah jemu, 
bila ada masalah dia tidak boleh menyelesaikan masalah, 
tidak boleh menyenangkan jiwa, 
boleh membawa sakit jiwa 
dan putus asa.

*M615*
Ilmu dunia sebanyak mana sekalipun,
dia tidak akan bersih,
kalau dia tidak diproses.
Ia ibarat air yang ditampung sebanyak-banyaknya,
kalau air itu tidak diproses dan dibubuh clorin,
dia tidak akan jernih dan bersih,
berbahaya diminum,
Begitulah ilmu dunia,
kalau dia tidak diproses dengan ilmu wahyu, 
ilmu dunia itu tidak akan terlepas,
daripada kesalahan dan kesilapan.
Amat merbahaya kepada aqidah.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah