Madah baru 108


*M661*
Barang yang hilang mungkin boleh bertemu lagi atau boleh diganti, tapi kalau masa hilang,
tidak mungkin bertemu lagi atau diganti.

*M662*
Membuka kitab mudah,
membaca kitab susah,
memahami kitab lagi susah,
mengamalkan isi kitab
itulah yang paling susah dan payah.

*M663*
Tunggulah peluang, jangan peluang menunggu kita.
Bila terlepas peluang, dia akan terlepas selama-lamanya, kalaupun selepas itu kita dapat, tapi itu yang lain pula.

*M664*
Siapa di kalangan hamba Allah, sekalipun golongan bawahan yang tidak dikenali, mungkin tidak dipeduli, 
terlepas dari godaan syaitan
dan belenggu hawa nafsu, 
dia hanya terikat dengan Allah yang menciptanya semata-mata, inilah yang sebenar-benar merdeka dan bebas.
Inilah hamba Allah yang hakiki, selain itu seseorang itu belum lagi dikatakan merdeka, sekalipun dia seorang pembesar negara yang disanjung tinggi.

*M665*
Merenunglah ke hadapan tentang nasib kita di alam akhirat, janganlah merenung nasib kita di waktu tua, yang mana masa di dunia sudah singkat.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah