SERIUS DENGAN TUHAN


Ada orang setelah dia dapat menunaikan yang fardhu dan yang sunat secara lahir, dapat pula meninggalkan maksiat secara lahir di dalam kehidupannya, dia merasakan bahawa dia telah serius dengan Tuhan.
Dia sebenarnya belum serius dengan Tuhan Penciptanya.
Orang yang serius dengan Tuhan disertakan sekali sentiasa takut dengan-Nya.
Hatinya sentiasa bergelombang dengan kebimbangan.
Setiap kali selepas mengerjakan ibadah, hatinya rasa kesal kerana dirasakan ibadahnya tidak sempurna.
Dia pun memohon ampun kepada Tuhan.
Lebih-lebih lagi sekali-sekala terbuat dosa.
Aduh, jiwanya sangat derita.
Kerana terbuat dosa, dia pun bersedekah atau berkhidmat kepada ibu atau guru atau kawan-kawannya.
Atau membaca Al Quran atau dia berzikir.
Atau berselawat sekian-sekian banyaknya untuk ibu bapa atau gurunya.
Jika amalan kebiasaannya tertinggal, dia gelisah.
Dia mesti bayar umpamanya menghadiahkan Fatihah atau selawat dan lain-lain lagi kepada gurunya.
Atau hari itu dia bersedekah atau berkhidmat dengan manusia.
Fikirannya sentiasa ke hadapan.
Apalagilah kebaikan yang hendak dicetuskan.
Kalau dia masbuk sahaja dengan imam, hatinya tidak tenang pada hari itu.
Untuk memujuk hatinya, dia akan bayar dengan sedekah.
Atau sembahyang sunat atau khidmat dan mendoakan gurunya.
Kalau dia hendak membuat kerja yang besar atau apa-apa hajat, dia mesti mengadu dengan Tuhan terlebih dahulu.
Ia akan bertawasul dengan gurunya.
Setiap kali dia membuat kejahatan, dia akan tutup dengan membuat kebaikan.
Di samping hatinya sedih dan terseksa.
Dia tidak boleh mendengar ada orang yang susah.
Hatinya gelisah dan dia mesti berusaha menolongnya.
Kalau dia bersalah, cepat-cepat memohon maaf dan memberi maaf di atas kesalahan orang kepadanya.
Begitulah orang yang serius dengan Tuhan. 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah