*M551*
Orang yang tidak percayakan Tuhan dan hari Akhirat, adakalanya lebih berani daripada orang Islam, kerana di hati kecilnya berkata : "Kalau aku mati, aku jadi tanah, aku tidak berhadapan dengan kesusahan, selesai masalah".
Kalau nasib baik aku berjaya di dunia.
*M552*
Orang yang tidak berpaut kepada Allah sekalipun dia seorang yang pandai, makin tua makin kosong jiwanya, makin ke hujung umurnya, makin rasa sepi, makin bertambah lagi umurnya makin menung sahaja, ada setengahnya ingin mati segera kerana jemu dengan hidupnya dengan dunia.
*M553*
Beramal dengan qada' dan qadar amat sulit, banyak orang gagal banyak orang jatuh tersungkur di dalam kancah derhaka, kerana qada' dan qadar sekalipun pandai menceramahkan tentang qada' dan qadar apabila menimpa diri jiwanya benci gelisah setiap hari, mengadu sana mengadu sini tuduh sana tuduh sini mengomel dan merintih setiap orang yang dijumpai hingga orang benci, setengahnya ada yang jatuh kufur tidak disedari
*M554*
Kalaulah manusia ini rasa bertuhan kuat, niscaya setiap yang berilmu ingin menyampaikan, sekalipun tanpa bayaran, setiap yang kaya akan mengagih-agihkan, setiap yang berjuang ingin membela, setiap yang berkuasa ingin menolong dan menjaga.
*M555*
Rasa bertuhan, apabila seseorang itu jiwanya tidak tergugat oleh harta, tidak tergugat oleh derita tidak tergugat oleh orang kata dia termasuk manusia luar biasa, kerana jiwanya dengan Tuhan sahaja
No comments:
Post a Comment