*M676*
Zaman dahulu perhubungan amat susah dan payah,
namun demikian umat Islam suka mengembara
menjadi mubaligh dan mencari ilmu dan pengalaman,
tapi yang indahnya di mana saja singgah
di kampung-kampung umat Islam
penduduknya sangat suka dan menghormati
kedatangan tetamu masing-masing mengucapkan :
"ahlan wasahlan wamarhaban,
bahkan ada kalanya
berebut-rebut hendak menjadikan tetamunya.
Apabila menyambung semula musafir
masing-masing membekalkan macam-macam makanan
dan melepaskan pemergiannya dengan menghantar beramai-ramai.
Di zaman ini
tidak berlaku lagi
*M677*
Di zaman dahulu
setiap orang Islam yang datang kemana-mana kampung umat Islam
dirasakan kepulangan keluarga,
yang sudah lama hilang,
satu kampung masyarakat menyambut kadatangannya.
Tapi sekarang
apa yang berlaku
apabila ada orang Islam masuk ke kampung umat Islam,
samada orang kampung itu
buat tidak peduli atau dirasakan penyangak
mana pula yang datang.
*M678*
Sebelum merdeka
perhubungan susah,
makanan dan pakaian terbatas
tempat tinggal dhaif,
kemiskinan terserlah,
cerdik pandai kurang,
tapi masyarakat indah,
gotong royong menjadi budaya,
gejala masyarakat sangat kurang,
masyarakat agak harmoni,
kemana pergi kita tidak takut dan curiga.
*M679*
Tidak mesti faham ilmu masyarakat (faham ilmu sosiologi)
pandai bermasyarakat,
dan dengan itu pandai meletakkan diri
di dalam masyarakat.
Berapa ramai ahli kaji masyarakat
atau ahli psikologi masyarakat,
apabila bergaul dengan masyarakat
dibenci oleh masyarakat
kerana tidak pandai bermasyarakat.
*M680*
Di pekan atau di bandar
nampak lahirnya indah dan cantik,
tapi penduduknya tidak tenang,
hati selalu bimbang
satu sama lain, tidak kenal mengenal,
tidak seperti kampung
suasananya tidak cantik
tapi manusia agak tenang, kebimbangan kurang,
boleh berkenal satu sama lain.
No comments:
Post a Comment