KENALILAH ALLAH


Kenalilah Allah, engkau akan cinta kepada-Nya.
Kenalilah Dia, engkau akan takut kepada-Nya.
Kenalilah Tuhan pencipta kita.
Kita akan redha ketentuan dari-Nya.
Kenalilah Allah, kita akan sabar kerana-Nya.
Kenalilah Dia, kita akan bersyukur kepada-Nya.
Kenalilah Tuhan, kita akan berkorban untuk-Nya.
Kenalilah Allah, kita akan taat kepada-Nya.
Taat kita kepada-Nya itulah keselamatan kita.
Kenalilah Dia yang menjaga kita.
Bahkan Tuhan menjaga seluruh keperluan kita.
Kenalilah Allah, agar kita perlu kepada-Nya.
Tuhan adalah segala-galanya buat kita semua.
Kenalilah Tuhan, agar hidup mati kita kerana-Nya.
Kita akan merasa bertuhan setiap masa.
Kita ada kawan yang setia membela kita.
Begitulah rasa kehambaan setiap hamba.
Apabila dia kenal sungguh Tuhannya. 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah