TAKUTILAH DOSA KECIL ATAU BESAR



Takutilah dosa, kecil atau besar.
Ia adalah bala bencana yang paling besar di dunia dan di Akhirat.
Kerana dosa-dosa, terputus hubungan dengan Allah yang Maha Esa.
Kemurkaan Allah pun menimpa kita.
Dengan dosa-dosa, terhijab kita dengan Allah yang Maha Berkuasa.
Tertolak doa kita, ibadah tidak ada lagi berharga.
Lantaran dosalah, segala bentuk kesusahan dan yang menakutkan berlaku di dunia.
Sebagai hukuman kepada manusia.
Di Akhirat apatah lagi, Neraka padahnya.
Penderitaan yang tiada bandingan dan tiada taranya.
Takutilah dosa walaupun sekecil-kecilnya.
Ia adalah menjadi hijab di antara hamba-hamba dengan Tuhannya.
Kerana dosa-dosa hamba-hamba Allah, pemimpin yang zalim Tuhan beri kuasa.
Sebagai hukuman kepada mereka.
Agar manusia kembali kepada Tuhannya.
Dosa-dosa kecil dan besar adalah amat dahsyat.
Lebih dahsyat daripada segala bala bencana.
Jauhilah dosa kecil atau besar.
Apabila berlaku, bertaubatlah segera.
Sebelum Tuhan membalas ke atas kita.
Jauhilah dosa, kerana ia adalah merupakan kemalangan yang paling besar dan dahsyat.
Prihatinlah dengan dosa.
Agar kita sentiasa mengawasinya.
Moga-moga kita terhindar darinya. 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah