*M616*
Ilmu psikologi /jiwa
mengikut pandangan barat yang sebenarnya
ialah mengesan nafsu manusia,
sekalipun mereka tidak mengatakan nafsu,
ilmu ini tidak berjaya mendidik manusia,
bahkan pakar psikologi/jiwa pun
ditimpa penyakit jiwa.
*M617*
Ilmu psikologi di dalam Islam
yang sebenarnya
ialah, ilmu tasauf.
Kerana ia benar-benar dapat menilai
fikiran, nafsu dan jiwa/hati manusia,
hingga dengan itu mudah membaiki manusia.
*M618*
Sebenarnya setiap apa yang kita dengar,
setiap apa yang kita lihat,
dan setiap apa yang kita sentuh dan rasa,
semuanya menjadi ilmu,
yang kita dapat dari pengalaman hidup,
asalkan kita prihatin, memikir dan mengkajinya.
*M619*
Campurkan ilmu dan pengalaman,
daripada gabungan keduanya itu, buat kajian lagi,
agar timbul hikmahnya atau rahsianya pula,
gabungan ini semuanya kita telah dapat ilmu dalam ilmu.
Maka ilmu itu bertambah teguh dan indah.
*M620*
Adunkan Ilmu itu dengan pengalaman,
ilmu itu bertambah indah dan kuat.
Pemiliknya matang
pengutipnya tidak jemu-jemu.
No comments:
Post a Comment