SETIAP NAFAS TURUNNYA NAIK AKAN DITANYA



Ketahuilah bahawa setiap kerdip mata akan ditanya.
Setiap nafas turun naik akan dipersoal.
Setiap gerak hati akan dipertanggungjawab.
Setiap jelingan mata akan ditulis dan dihisab.
Perbuatan itu sama ada pergi ke Neraka atau ke Syurga.
Betapalah setelah tangan engkau bertindak.
Kaki engkau melangkah dan ke mana hala tujunya.
Apatah lagi setelah lidah engkau bercakap.
Akal engkau berfikir dan cara mana engkau berfikir.
Bagaimana engkau gunakan jawarih engkau.
Begitu juga bagaimana engkau gunakan nikmat di luar diri engkau.
Semuanya ini lebih-lebih lagilah akan ditulis, dirakam dan dihisab.
Sama ada ia termasuk perkara yang berdosa atau yang berpahala.
Aduh! Tidak takutkah kita dengan Zat yang Maha Agung?
Yang tahu, yang melihat dan yang mendengar seluruh gerak-geri kita lahir dan batin.
Yang akan menghukum kita, sama ada ke Syurga atau ke Neraka.
Tidak cemaskah kita peristiwa itu pasti berlaku?
Di suatu hari yang kita akan diadili dengan begitu halus.
Di waktu itu tidak ada siapa yang membela kita.
Masing-masing memikirkan diri.
Bahkan para Rasul dan Nabi alahimussolatuwassalam pun ketakutan.
Allah! Allah! Allah!
Betapalah kita ini yang memang tidak lepas dari dosa dan kesalahan.
Takutilah Allah, rendah dirilah kepada-Nya.
Mohon ampunlah setiap ketika.
Agar setiap dosa dan kesalahan kita diampunkan.
Sama ada yang kita sedar mahupun yang tidak. 

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah