Showing posts with label sajak fat. Show all posts
Showing posts with label sajak fat. Show all posts

Sahabat vs Manusia Akhir zaman


Rasulullah SAW dan para Sahabat gigih berjuang. Akhlak mereka cemerlang dan gemilang. Kita gigih berjuang, akhlak kita sangat malang.Mereka berjuang begitu serius. Di malam hari menjadi abid menangis mengenang dosa. Kita serius juga berjuang Tapi sembahyang Subuh yang wajib, terabai. Mereka sibuk berjuang, Balik ke rumah laksana Syurga. Kita sibuk berjuang, Balik ke rumah bermasam-masam muka Mereka bila berhadapan dengan ujian. Sabarnya amat ketara. Musuh-musuhnya didoakannya. Kita bila berhadapan dengan ujian, Rasa derita dan kecewa. Maka kita pun melaknat dan mencerca musuh kita. Kita pun mengata di sini, mengata di sana. Seluruh negara mendengarnya. Mereka berjuang, Sahabat-Sahabat yang miskin dipertanggungjawab oleh yang kaya. Yang kaya gembira memberi, yang miskin tidak meminta-minta. Kita yang kaya menambah lagi harta. Kawan seperjuangan tinggal menderita. Kita susah hendak memberi. Yang miskin pula meminta-minta dan mengadu-ngadu di sini sana. Mereka dan kita, tentang berjuang sama-sama gigih dan sibuk Tapi di dalam perkara lain jauh berbeza. Mereka benar-benar model di zamannya. Tapi kita modelnya tiada. Marilah kita berjuang sama-sama, membetul dan membaiki diri. Agar Allah Taala redha, manusia senang menerima.

CARA MANA HENDAK MENGENAL ORANG ITU BAIK

Setiap orang Islam itu tidak boleh diukur yang dia baik
waktu datang bersembahyang di masjid sahaja
Belum boleh diukur yang dia baik sering sembahyang berjemaah di rumah Allah
Jangan lagi dilabelkan dia baik selalu naik haji dan buat umrah berulang kali
Tasbih di tangan, wirid dan zikir tidak lekang
Kerana itu semuanya ibarat berladang, baru menanam pokok
Tidak semestinya menanam pokok, pokok itu berbuah lebat dan banyak
Tidak semestinya menanam pokok, mendapat hasil yang memuaskan
Orang yang beribadah tadi kita lihat dahulu di dalam pergaulannya, bagaimana?!

Bagaimana sikapnya di dalam pergaulan mereka?
Mereka berkasih sayang atau tidak?
Mereka bertimbang rasa atau sebaliknya?!
Bagaimana dia menggunakan lidahnya?!
Mereka menyakiti orang? Menghina orang? Menfitnah orang?
Dengan orang miskin dan susah mereka menolong?
Atau buat tidak tahu sahaja kesusahan orang?!
Adakah mereka pemaaf? Meminta maaf, pemurah? Sabar dengan ujian?
Redha dengan takdir Tuhan?!
Mereka mengutamakan diri?! Atau mengutamakan orang lain?
Apakah mereka merasa susah dengan kesusahan orang?
Senang pula dengan kesenangan orang?
Kalau kita dapat menjawab dengan baik dan tepat,
memang kita kenal orang baik dan orang jahat
Ibadah mereka berbuah, orang yang ibadahnya berbuah itulah orang baik
Kalau ibadah sahaja banyak, tapi tidak berbuah, itu bukan orang soleh
Mengukur orang baik bukan dengan banyak ibadahnya
Tapi diukur berbuahkah ibadahnya?
Tinggikah peri kemanusiaannya oleh ibadahnya?!

Fat :: ENGKAU HENDAK BERJUANG?

Engkau hendak berjuang?
Bagus kalau itulah yang kamu mahu

Berjuang sasarannya adalah manusia
Engkau mesti kenal manusia lahir dan batin
Engkau tidak akan kenal manusia sebelum engkau mengenal dirimu sendiri




Sudahkah engkau kenal dirimu sendiri?
Sejauh mana engkau kenal perjalanan fikiranmu?
Apakah fikiranmu sudah Islam?!

Sudahkah engkau kenal nafsumu?
Fahamkah engkau kehendak-kehendak nafsumu?
Ke mana dia hendak membawamu?!
Apakah kehendak Islam dengan kehendak nafsumu selari?

Lebih-lebih lagi sudahkah engkau faham jiwamu?
Jiwa ada perasaannya
Perasaannya ada yang positif dan ada yang negatif
Yang positif hendak dilepaskan
Yang negatif hendaklah ditahan
Melepaskan yang positif, menahan yang negatif
Adalah satu perjuangan
Ia lebih besar daripada perjuangan yang lahir ini
Bahkan yang lahir ini ditentukan oleh yang batin, iaitu jiwamu

Kalau engkau berjuang tidak faham ini semua
Ertinya engkau laksana masuk ke hutan belantara
Yang tidak mempunyai pedoman
Tidak ada kompas, tidak kenal kedudukan hutan
Jangan-jangan engkau akan tersesat nanti
Marabahaya hutan akan membinasakan kamu
Bahkan rimau pun boleh membaham kamu

Kawan, perkataan berjuang mudah disebut
Tapi tidak mudah difahami
Berjuang mudah diperkatakan
Tapi tidak mudah dikotakan

Ia memerlukan ilmu yang cukup
Tidak sekadar semangat yang cukup
Ia memerlukan pemimpin yang tepat
Yang boleh memimpin dan ia ditaati

Kalau belum sampai ke taraf ini
Engkau tidak berjuang lebih selamat daripada berjuang
Kalau engkau berjuang juga
Ingatlah kerosakan yang engkau lakukan lebih banyak, tanpa disedari
Sekalipun niat engkau suci

::: Derhaka dalam Taat :::



Ramai orang beribadat bukan mahu dekat dengan Allah
Tapi ibadahnya semakin menjauhkan diri dari Allah
Kerana megah dengan ibadah, kerana nama menyembah Allah
DI dalam benbadah, menghina, mengumpat, hasad dendam kesumat



Orang ini di Akhirat menjadi orang muflis
Perniagaan Akhiratnya banyak bankrap kerana maksiat
Ibadahnya tidak menyelamatkan mereka
Mereka tertipu dengan ibadahnya

Banyak orang amal kebajikannya menghijab di antara dia dengan Allah
Dia buat kebajikan kerana nama, minta pujian, glamour
Setiap kebaikan yang dibuat suka dicerita-cerita
Jasa-jasa suka diberitahu, kerana ingin dapat nama

Kerana itulah setengah orang jika tidak dibuat berita tidak mahu menderma
Jika hendak menderma mesti dibuat berita di dalam media
Dia membuat kebaikan kerana pujian orang
Bukan kerana Allah dan keredhaan-Nya

Itulah orang derhaka di dalam beribadah
Membuat maksiat di dalam kebaikan
Dia rasa cara itu Tuhan suka
Rupanya cara itu Tuhan sangat murka.

Kekasih Allah ::: tiada duka kerana dunia


Allah Taala ada b
erfirman, ertinya:

"Ketahui olehmu bahawa kekasih Allah itu tidak takut dan tidak berdukacita" Marilah kita mentafsir dan memahami kehendak ayat ini. Moga-moga Tuhan memberi kita faham maksud dan kehendak-Nya Dengan itu moga-moga kita dapat menghayati dan menjadikan pegangan di dalam kehidupan...



Di antara kehendak ayat ini:


Orang bertaqwa itu dia tidak takut dengan manusia dan kuasa manusia. Kalau ia didatangkan ujian dari manusia tidak pula berdukacita. Orang mukmin tidak takut dengan kemiskinan. Jika terjadi kemiskinan tidak pula berdukacita. Orang mukmin tidak takut dengan kesakitan. Kalau berlaku tidak pula susah hatinya.

Orang yang bertaqwa tidak bimbang dengan penghinaan dari manusia. Kalau terjadi tidak pula sakit hatinya. Orang mukmin tidak takut dimurka oleh manusia. Kalau berlaku tidak pula susah hati.

Kekasih Tuhan itu tidak takut dan bimbang tentang rezekinya. Kalau tidak ada, redha hatinya. Orang mukmin itu tidak takut tidak dikasihi orang. Kalau terjadi tidak pula cacat jiwanya. Wali Allah itu tidak bimbang kalau tidak ada harta. Kalau hilang hartanya tidak pula jiwa derita.

Orang mukmin tidak bimbang dengan takdir. Tuhannya Kalau terjadi tidak pula bersedih hati. Wali Allah itu tidak takut meninggalkan dunia, harta benda dan sanak-saudaranya. Dan tidak pula bersedih dengan kematiannya. Orang mukmin itu yang dia takut hanya dengan Tuhannya. Yang dia berdukacita kalau terbuat dosa. Dia takut kalau Tuhan tidak redha. Dia susah hati kalau lalai dengan Tuhannya. Dia bimbang kalau tercabut imannya. Dia bersedih kalau cuai dengan ibadahnya.

Begitulah lebih kurang maksud dan kehendak tafsiran ayat.
Moga-moga ada kebenarannya


FAT: Cinta mencintai~

Ya Allah Engkau kenalkan
Bahawa Engkau adalah Tuhan
Aku bangga ya Allah
Engkau adalah Tuhanku

Aku sembah Engkau selalu
Tidak jemu-jemu Janganlah
Masukkan ke dalam hatiku
Jemu menyembahMu

Ya Allah aku redha Engkau adalah Tuhanku
Jangan Engkau tukar redhaku selainMu
Aku harap Engkau juga redha denganku
Redha-meredhailah kita berdua hingga bertemu

Ya Allah Aku berlindung dengan Engkau
Daripada bertuhankan selainMu
Engkau sudah cukup bagiku sebagai Tuhan
Memiliki Engkau aku rasa bahagia

Jangan Engkau jadikan aku
Memiliki selainMu
Tuhan kerana kelemahanku
Aku tidak dapat lagi mencintaiMu
Tapi tidak benci

Walaupun begitu jangan pula
Engkau tidak mencintai aku
Aku cuba mencintaiMu Tuhan
Tapi belum menjadi kenyataan lagi

Dengan rahmatMu Tuhan
Anugerahkanlah rasa cintaku kepadaMu
Dan juga cintaMu kepadaku
Kuharap kita berdua cinta-mencintai

Kita berdua cinta-mencintai
Biarlah kekal abadi
Wahai Tuhan
.

Fat: Malaysia Negara Tercinta

Cintailah Malaysia
Tanah tumpah darah kita
Madinah kedua negaraku
Oh Malaysia



Malaysia negaraku yang tercinta
Tempat aku dilahirkan dan dibesarkan
Malaysia oh tanah airku
Jagalah kedaulatan dan keamanannya

Cintakan tanah air sebahagian dari iman
Menjaga dan mengawalnya satu kewajipan
Isilah negara ini dengan berbagai kebaikan
Agar Malaysia makmur aman dan sempurna

Setiap orang hendaklah mengisi
Mengikut kemampuan
Sesuai dengan kedudukan dan kebolehan
Janganlah kita nodai dengan mengkhianatinya
Kehormatan dan kedaulatan hendaklah di jaga

Setiap orang hendaklah hormati undang-undang
Jangan melanggar perlembagaan negara
Buktikan kita warganegara yang setia
Kita tidak mempunyai lain negara
Selain negara Malaysia

Cintakan tanah air sebahagian dari iman
Menjaga dan mengawalnya satu kewajipan
Cintailah negara Malaysia seperti menyintai diri kita
Hargailah negara kita jangan sampai ternoda

Ya Allah cucurilah rahmat dan berkatMu
Keatas negara ini
Jauhilah rakyatnya dari bala bencana
Hindarilah rakyatnya dari sebarang persengketaan
Agar manusia hidup bahagia dan harmoni

Tsunami H1N1

Satu pengorbanan
Korban H1N1
Terutama yang meninggal dunia
Demi sampai beralihnya
Suasana dunia dan wajah manusia
Dari kegelapan dan kekufuran
Kepada cahaya kebenaran
Semuanya dikira cukup berjasa



Tak mungkin Tuhan yang baik
Akan mensia - siakan
Pengorbanan dan Kematian mereka
Diterima baik oleh Tuhan
Kini mereka bahagia bersama Tuhan disana
Mati secara tidak sedar, mati secara pelan2
Disisi Tuhan adalah syahid

Bunyinya azab
Hasilnya indah
Tuhan lakukan ujian itu
Sebagai penghapusan dosa
Kematian mereka berjasa

Menukar dunia yang berdosa
Kepada dunia yang sejahtera
Ertinya semua tangisan itu
Tangisan kegembiraan
Lalu apa lagi
Mahu dikesalkan dan disedihkan
Melainkan menunggu khabar gembira
Yang pasti Tiba
Marilah BerTaqwa kepada Tuhan
Yang punya segala-galanya
SEGALANYa....

Perjuangan Kebenaran

Mengapa perjuangan kebenaran
Seperti yang dibawa oleh para Rasul
Banyak rintangan dan juga ujian
Berbagai bentuk yang sering mendatang


.
Ujiannya pula besar dan mencabar
Yang kecilnya hanyalah sampingan
Sudahlah berhadapan dengan ujian
Menang setelah berjuang terlalu lama

Padahal Rasul adalah kekasih Tuhan
Mengapa pula disusah-susahkan?
Kejadian ini ada banyak hikmahnya
Kebanyakan orang tidak boleh faham

Di antara hikmahnya
Kebenaran itu mahal nilainya
Keselamatan dunia akhirat
Yang sentiasa berkekalan
Nilainya tiada bandingan
Susah didunia terlalu kecil

Agar para2 pejuang
Sentiasa terpaut dengan Tuhannya
Kerana itulah sifat Hamba
Mengajar berjuang erti ikhlas
Ujian berat itulah
Menjadikan berjuang kerana Allah

Anggota perjuangan pilihan Tuhan
Setelah ada pejuang pilihan Tuhan
Itulah dia orang pilihan Tuhan
Sekalipun ia adalah sedikit
Barulah diberi kemenangan
Setelah ditapis melalui ujian

Baru Dunia akan merasa
Terkejut dengan kekuasaan Tuhan
Golongan sedikit diberi kemenangan
Kerana dibelakangnya ada Tuhan
Tentulah Tuhan akan beri
Kerana Tuhan Maha Kuasa

Tuhan hendak beri kemenangan
Pada orang-orang yang bertaqwa
Sekalipun sedikit orangnya
Tapi kuat rasa berTuhan
Pegangan Umat Islam
Yang berjuang sepanjang zaman.

Tuhan...


Aku berharap Tuhan,
agar di izinkan,
bila ada orang yang di timpa dengan kesusahan,
terutamanya kawan-kawan seperjuanganku,
aku rasa bersalah tidak dapat memberi bantuan.

Kalau ada orang yang miskin,
aku berdoa di dalam hatiku,
jangan engkau bertindak ke atasku di atas kesusahan mereka,
kalau kawan-kawanku mendapat nikmat darimu,
aku turut rasa gembira, seolah aku mendapat nikmat itu.

Bila ada orang mencaci atau pun menghina diriku,
bukan hatiku tidak sakit, tapi aku buat tak tahu, atau buat tak peduli,
ataupun dilupakan sahaja.



Supaya sakit hatiku tidak berpanjangan,
kerana sakit hati itu fitrah semujadi,
sekali sekala terutama selepas tahajud, aku doakan kebaikan buat mereka,
jadi, aku memaksa hatiku tidak berdendam dengan mereka,
makin banyak aku mendengar org menghina diriku,
kerja aku bertambah lagi, menjadikan aku mendoakan mereka.

Agar mereka dapat petunjuk dari Tuhan, untuk memujuk hatiku,
supaya aku tak sakit hati,
aku bermujahadah agar aku dapat mengikut sunnah nabi yang sentiasa mendoakan musuh dapat petunjuk.

Bumi Tuhan... Bersaksilah