Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

motivasi

semasa perang dunia kedua, angkatan tentera laut memastikan yang semua rekrut barunya tahu berenang ataupun mahu belajar berenang. hal ini adalah kerana, dengan keupayaan berenang mungkin suatu hari nanti dapat menyelamatkan nyawa anak kapal semasa di laut.

oleh yang demikian, rekrut yang tidak tahu berenang dikehendaki menghadiri kelas renang. saya pernah menyaksikan sesi latihan di dalam kelas itu. saya geli hati apabila melihat lelaki yang muda dan sihat terapi gerun melihat air. salah satu latihan yang dijalankan memerlukan anak kapal yang baru melompat dari sebuah platform setinggi enam kaki ke dalam air dengan kedalaman lebih daripada lapan kaki, dengan disaksikan oleh enam orang pakar renang.

dalam pemerhatian yang lebih mendalam, situasi yang dihadapi oleh rekrut baru itu adalah sesuatu yang menyedihkan. wajah mereka memang kelihatan takut. beberapa kali juga para rekrut ditolak 'secara tidak sengaja' ke dalam air. hasilnya adalah rasa takut itu berjaya dikalahkan.

kejadian ini membuktikan satu perkara iaitu tindakan dapat menghilangkan ketakutan, manakala keraguan dalam membuat keputusan dan penangguhan dapat menyemarakkan lagi rasa takut.

Tanamkan prinsip ini dalam minda kita iaitu " Tindakan dapat menghilangkan ketakutan".

☑️THE MAGIC OF BIG THINKING

AIR MATA TAUBAT


"Semenjak Nabi Adam terkeluar dari Syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah SWT. Beliau sujud di atas gunung selama 100 tahun. Kemudian beliau menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dan air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pokok kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung-burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung itu. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dari air mata taubatmu."

Begitulah rasa berdosa dan bersalah kepada Allah telah menyebabkan Nabi Adam menangis selama beratus tahun lamanya. Sehingga kemudiannya Allah telah menerima taubatnya dan menjadikan air yang lazat, pohon cengkih dan kayu manis daripada air mata taubatnya itu."

Bagaimana pula dengan kita. Pernahkah kita menangis apabila terbuat dosa? Sesungguhnya airmata taubat dari seseorang manusia itu boleh menyelamatkannya dari bakaran api Neraka.

Renungan..........

Bersegeralah Bertaubat.
Marilah kepada-Ku, wahai hamba-hamba-Ku,
Bersegeralah pulang, ke pangkuan-Ku,
Bersegeralah bertaubat selalu,
Aku tetap menerimamu, percayalah,
Aku tahu kamu hamba-hamba-Ku, ciptaan-Ku,
Kamu adalah lemah, kelalaian dan kealpaan adalah watakmu,
Aku mahu akuilah kelemahan itu.

Setiap kali bersalah kamu datang pada-Ku,
Kemudian mengakulah bersalah,
Menangislah di depan-Ku ,tanda penyesalan yang tidak sudah,
Kalau engkau lakukan lagi tanpa nawaitu,
Datang lagi kepada-Ku,
Mengakulah salah, menyesallah, merintihlah, menangislah,
Ketahuilah wahai hamba-hamba-Ku,
Rintihan orang yang berdosa,
Lebih Aku cintai daripada tasbih para auliya` .

Wahai hamba-hamba-Ku,
Jangan bertangguh-tangguh lagi,
Siapalah yang tidak bersalah ,kamu adalah hamba,
Tapi Aku suka orang yang mengaku salah,
Aku cinta kepada orang yang bertaubat ,
Minta ampunlah kepada-Ku wahai hamba-hamba-Ku,
Aku tetap menerimamu ,bukankah Aku Tuhanmu,
Kasih-Ku kepada hamba-hamba-Ku,
Lebih daripada seorang ibu yang kasih kepada anak-anaknya,
Begitulah kehendak Allah kepada hamba-hamba-Nya,
Mengikut keterangan Al Quran dan As Sunnah.

Buat Sehabis Baik(",)

Sebenarnya semua pelajar boleh berjaya jika punya kemahuan yang tinggi. Kemahuan yang tinggi pula wujud apabila seseorang itu punya cukup sebab untuk merealisasikan sesuatu matlamat. Malangnya, kebanyakan pelajar tidak pernah memikirkan semua ini. Mereka hanya lakukan dan menyelesaikan rutin harian mereka sebagai seorang pelajar. Malah ramai pula yang tidak memikirkan langsung rutin harian yang perlu mereka lakukan. Ramai yang terikut-ikut dibawa arus kehidupan.
Cuba lihat apakah yang dihanyutkan oleh arus sungai yang mengalir? Semuanya hanyalah sampah, bangkai, tunggul kayu mati, najis dan sebagainya. Ikan-ikan yang hidup semuanya menongkah arus. Jadi kalau kita sekadar mengikut arus begitulah juga pengakhiran hidup kita. Menjadi manusia yang mati sebelum masanya. Sebab itulah, dalam usaha mencapai kecemerlangan para pelajar perlu lakukan sehabis baik. Buat sehabis baik ketika mengulangkaji pelajaran, bermain, berpersatuan, bergaul dan sebagainya. Apabila anda buat sehabis baik maka anda sebenarnya menggilap permata dalam diri menjadi permata yang berharga. Masanya pasti tiba satu hari nanti anda menikmati hasil dari setiap usaha anda itu.
Ayuh, usah banyak berfikir lagi.. lakukan sahaja sehabis baik dan serahkan segala-galanya pada Yang Maha Kuasa.

Bumi Tuhan... Bersaksilah