Tukar Dunia Kepada Akhirat


Dunia ini yang mana satu ada nilai di sisi Allah?
Harta, pangkat, wang ringgit, kebun, rumah.
Tidak ada harganya pada Tuhan.
Ia ibarat kalau di dunia ini adalah wang ringgit.
Wang itu walaupun ada nilainya berdasarkan angka yang ada di atas duit,
ia tidak dapat memberi faedah apa-apa kalau tidak ditukar dengan benda-benda lain.
Setelah ditukar, baru ada nilainya dan berfaedah.
Apabila ditukar, baru duit itu bukan duit lagi.
Kalau duit itu disimpan sahaja.
Tidak pun ditukar dengan sebarang benda.
Tidak ditukar dengan pakaian, makanan, minuman, kenderaan dan sebagainya.
Nasibnya sama sahaja dengan kertas biasa.
Tidak ada nilai apa-apa, tidak bermakna adanya duit.
Walaupun di atas duit-duit itu ada nilainya berdasarkan yang tertulis angka-angkanya.
Jadi, baru kita faham duit itu memberi faedah setelah kita tukar nilai.
Begitulah nikmat di dunia ini.
Jika kita tidak tukar nilai dengan nilai Akhirat,
seperti harta untuk menolong orang yang susah dan dikorbankan fisabilillah.
Tenaga, untuk berkhidmat kepada orang atau hamba-hamba Allah.
Ilmu, untuk memimpin manusia di dunia agar agama dan kehidupan mereka betul.
Pangkat dan jawatan, untuk membela orang ramai.
Maka dunia telah jadi nilai Akhirat.
Dunia telah ditukar dengan Akhirat.
Kalau tidak ditukar, dunia hanya akan jadi bangkai. 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah