*M761*
Apalah erti kemenangan kalau tidak membawa kebenaran, tidak mengapa menerima kekalahan, selagi kita di dalam kebenaran. Allah bukan menilai kemenangan tapi menilai kebenaran, oleh itu berjuanglah di atas kebenaran sekalipun kalah.
*M762*
Jadikanlah wang ringgit untuk pengorbanan, ilmu sebagai panduan, iman pembangun jiwa, kekuatan fizikal peyumbang tenaga.
*M763*
Allah sengaja hendak menguji atau hendak memberi pahala yang banyak kepada pejuang kebenaran, dengan cara pejuang-pejuang yang bathil itu dipanjangkan kuasanya, memang kalau baca sejarah secara umum, orang yang membawa kebathilan itu panjang umurnya, yang membawa kebenaran pendek umurnya.
*M764*
Kalau sesebuah parti itu lama berkuasa, janganlah rasa bangga kerana sejarah telah bercerita, selalunya pejuang kebatilan itu panjang umurnya, Allah anugerahkan secara istidraj, bukan secara rahmat.
*M765*
Di dalam perjuangan janganlah susah hati kerana kekalahan demi kekalahan, tapi hendaklah susah hati kalau di dalam perjuangan tidak membawa kebenaran.
No comments:
Post a Comment