*M771*
Selepas sehari suntuk manusia memerah fikiran, mengguna tenaga, fikiran letih, badan lesu, jiwa lemah. Kuatkan dengan Al Quran dan zikrullah, agar kita tidak jemu dengan kerja dan tidak bosan dengan perjuangan.
*M772*
Apabila kita diuji, terutama di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dengan kesusahan atau penderitaan, atau dengan tekanan dan penzaliman, baru tahu siapa kita, baru kita sedar selama ini kita berjuang kerana apa?!
Kita gigih untuk apa?!
Kita berani untuk tujuan apa?!
Cuba suluh kembali cita-cita kita?!
Apa yang tersilap di dalam hati kita?!
*M773*
Kalaulah kecemerlangan itu semata-mata diukur di sudut ilmu pembangunan, di aspek kerohanian dan akhlak tidak diambil kira, cukuplah orang Barat menjadi ikutan kita.
Jika kita menyebut Rasulullah atau Al Quran atau sunnah itu hanya semata-mata hendak mengelabui mata umat Islam untuk menyokong kita, bukan pegangan dan amalan kita, umat Islam bolehlah kita tipu, tapi Allah bolehkah kita tipu?!
*M774*
Kalau kita hendak bandingkan, perjuangan untuk memburu dunia dengan memburu Akhirat, memburu dunia lebih lagi susah dan payah. Tapi manusia itu kerana memburu dunia, sanggup bersusah-susah, apabila memburu Akhirat banyak berhelah-helah. Contohnya, untuk mengerjakan sembahyang Subuh lebih ringan dan mudah jika dibandingkan dengan pergi ke laut menangkap ikan. Tapi orang lebih sanggup ke laut daripada sembahyang Subuh.
*M775*
Agama dan ideologi selalu sahaja bertembung, tidak berkesudahan. Biasanya perjuangan agama yang benar tapi selalu kalah. Perjuangan ideologi yang salah tapi selalu mengalahkan.
No comments:
Post a Comment