MADAH baru 326


*M871*
Musuh tidak takut gigihnya umat Islam berjuang terhadap mereka, 
tapi apa yang mereka takut sangat kalau umat Islam sempat membaiki diri,
kerana itulah musuh Islam akan melakukan apa saja terhadap umat Islam agar umat Islam sentiasa lalai. 

*M872*
Musuh Islam faham benar, apabila umat Islam membaiki diri,
di waktu itulah suatu kemenangan bagi umat Islam,
kerana itulah mereka sentiasa berusaha 
untuk merosakkan peribadi umat Islam dengan apa cara sekalipun.  

*M873*
Kalau kita tidak suka mendapat kesusahan, orang lain pun demikian. 
Jika kita suka mendapat kesukaan, 
maka orang lain pun suka mendapat kesukaan,
kerana ia fitrah semula jadi manusia. 
Oleh itu bertimbang rasalah sesama manusia. 

*M874*
Apabila pejuang-pejuang Islam telah membaiki diri,
itu petanda kemenangan telah hampir, musuh akan kalah. 

*M875*
Kalau seorang pemimpin itu, dia tidak faham apakah pengikutnya atau rakyatnya masih suka atau tidak kepadanya,
itulah tandanya dia tidak layak jadi pemimpin.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah