MADAH baru 312


*M786*
Hari ini hidup di dalam serba salah, hendak menyendiri susah juga kerana tidak ada orang yang tidak perlu kepada orang lain, hendak bermasyarakat pun susah juga, kalau kita tidak melalaikan mereka, mereka melalaikan kita, kalau kita tidak mengata orang, kita mendengar orang lain mengata, kita juga sama-sama berdosa.
Kalau kita ibadah lebih, dikatakan kita menunjuk-nunjuk, kalau kita tidak menambah ibadah, kita berlalai-lalai pula. 

*M787*
Kalau sudah dunia menjadi matlamat, ia telah menjadi buruan, ia telah menjadi ukuran, ia telah menjadi sanjungan, bukan iman dan sifat taqwa, perpaduan jangan mimpi akan lahir sekalipun di dalam satu parti atau di dalam sebuah jemaah.  

*M788*
Hari ini ibu bapa bukan lagi lambang perpaduan keluarga, guru-guru bukan lagi lambang perpaduan murid-murid, pemimpin jemaah bukan lagi lambang perpaduan ahli jemaahnya, ketua kampung bukan lagi lambang perpaduan penduduk kampungnya, ketua negara bukan lagi lambang perpaduan rakyatnya, bagaimanakah hendak lahir perpaduan umat, tali-tali pengikat umat telah reput. 

*M789*
Zaman sekarang ini semakin pandai seseorang itu atau semakin kaya atau semakin tinggi pangkatnya, semakin susah lagi untuk berukhwah, padahal golongan-golongan itulah yang sering melaung-laungkan perpaduan dan persatuan. 

*M790*
Binatang-binatang buas seperti harimau, singa, tidak banyak berkawan, paling banyak 10 ekor, justeru tabiatnya selalu berkelahi dan suka monopoli. 
Begitulah jenis manusia, apabila mereka pandai atau berkuasa atau kaya, kedudukan mereka itu kuat, kawan-kawan mereka sangat terbatas kerana satu sama lain payah patuh-mematuhi, atau ikut-mengikuti, tidak seperti golongan bawahan, sedangkan golongan itulah yang menguasai masyarakat, bagaimanakah masyarakat boleh berpadu?!

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah