Sembahyang fardhu atau sunat adalah ubat penyakit hati yang berbagai-bagai jenisnya.
Membaca Al Quran adalah pil pengubat penyakit jiwa manusia.
Penyakit manusia yang penuh dengan mazmumah yang merupakan barah rohaniah dan lain-lain penyakit rohani yang membahayakan manusia.
Penyakit ini akan menular ke anggota lahir manusia yang merosakkan manusia lain pula.
Zikir yang menjadi wirid sejenis ubat rohani manusia juga.
Kalau kena cara dan peraturannya, boleh menyembuhkan penyakit rohani manusia juga.
Belajar ilmu yang tujuannya sama sahaja.
Hendak membaiki penyakit batin manusia yang berbagai jenisnya.
Ada penyakit bakhil, tamak, pemarah, dengki, dendam, riyak, ego, megah, ingin nama.
Sum’ah, cinta dunia dan lain-lainnya.
Berfikir juga boleh mengubat penyakit rohani manusia kalau kena caranya.
Ini adalah jenis ubat yang bersifat maknawi dan rohani.
Apa yang telah kita sebutkan tadi semuanya ubat.
Ia adalah ubat hati dan jiwa.
Ubat nafsu yang sangat jahat yang liar dan rakus, gelojoh, sombong, bodoh.
Merangsang dan mendorong.
Tegasnya, berbagai-bagai bentuk ibadah yang ada di dalam Islam, semuanya itu adalah ubat jiwa.
Supaya manusia sembuh daripada sebarang penyakit rohani yang merbahaya.
Agar masyarakat berkasih sayang, bertimbang rasa, rasa bersama, bekerjasama, bahagia dan harmoni.
Tapi ramai orang yang beribadah berbagai jenisnya tidak pula menyembuh penyakit jiwa atau hati mereka.
Adakalanya makin banyak beribadah, semakin subur penyakit batin manusia.
Semakin banyak beribadah, semakin cinta dunia.
Semakin banyak beribadah, dengki dan pemarah masih subur di dalam hati manusia.
Semakin banyak beribadah, kasih sayang tidak ada.
Bela-membela tidak pernah ada di dalam kehidupan manusia.
Rupanya ibadah manusia itu tidak boleh mengubat penyakit rohani manusia.
Padahal Tuhan suruh beribadah tujuan berubat menghilang mazmumah yang merbahaya.
Kalau penyakit tidak sembuh, sudah tentulah ibadah itu banyak yang tidak kena.
Ibadah yang tidak faham, tidak dihayati sampai ke jiwa.
Ibadah itu adalah ibadah rangka sahaja.
Ibadah bangkai bernyawa yang tidak memberi faedah apa-apa kepada manusia.
Ibadah yang tidak boleh mengubat penyakit rohani manusia.
Tuhan tolak sahaja, tidak dapat pahala apa-apa.
Ibadah orang yang lalai untuk dimasukkan ke Neraka sahaja.
Kerana beribadah tidak sampai matlamatnya.
No comments:
Post a Comment