Karam di laut boleh jadi lemas, mungkin membawa kematian.
Kematiannya mungkin membawa syahid akhirnya.
Nampaknya macam malang, tapi masih untung pada seseorang.
Karam di dalam percintaan, hidup terumbang-ambing.
Menjadikan manusia hidup tidak stabil.
Buat apa sahaja serba tidak kena.
Penumpuan sesuatu kerja tidak ada.
Sering termenung dan murung sahaja.
Banyak urusan dan tanggungjawab terbengkalai dibuatnya.
Karam dengan dunia manusia terlalu sibuk.
Tidak ada masa untuk berehat.
Apatah lagi untuk menyembah Allah Taala dan mengingati-Nya, tidak ada ruang baginya.
Terkejar di sana, terkejar di sini memburu kebahagiaan dengan kekayaan dunia.
Adakalanya makan pun tidak sempat.
Dengan isteri pun sekejap-sekejap sahaja hingga isteri curiga dan menderita.
Kerana kurang dapat bermanja dan belaiannya.
Tapi mabuk dengan Tuhan rasa bahagia di samping rasa takut.
Mabuk Tuhan jiwa tenang fikiran tidak berserabut.
Dan tidak karam dan tenggelam dengan dunia.
Orang yang cinta Tuhan, cinta pula dengan makhluk-Nya.
Kerana cinta Tuhan, ramai hamba-hamba Tuhan yang dapat manfaat darinya.
Dapat pemurahnya, pertolongannya, kasih sayangnya, rendah dirinya, kerjasamanya, pemaafnya.
Mabuk Tuhan sibuk beribadah kepada-Nya dan hati tidak lupa kepada-Nya.
Sibuk juga berkhidmat dengan makhluk dan hamba-hamba-Nya.
No comments:
Post a Comment