Apalah indahnya seseorang yang hidup, dia bangun tidur dia ingatlah apa yang dia teringat, mungkin makan, kerja, masalahnya.
Apabila dia rehat, apa yang dia ingat, makan itulah yang dia fikirkan.
Mungkin duit, kawan, isterinya, anaknya, musuhnya, hutangnya.
Jika mendapat kesenangan, dia pun gembira, kalau sakit, orang kata, isteri yang tidak taat, dia pun dukacita.
Kesusahan yang menimpanya, mungkin renungannya jauh, berputar-putar otak kepalanya memikirkannya.
Adakalanya angan-angannya yang panjang, kerana ada kehendak-kehendaknya yang belum didapatinya atau belum diperolehinya.
Renungannya amat jauh sejauh angan-angannya yang belum tercapai.
Di waktu letih campur mengantuk dia pun tidur.
Mungkin sebelum tidur dia berangan-angan lebih dahulu.
Mungkin juga mengingatkan kesusahan yang sedang menimpanya, dia tertidur bersama kesedihannya.
Atau memikirkan kesenangan apa lagi yang hendak dia capai yang belum tercapai.
Kemudian dia tertidur di dalam keadaan itu.
Kemudian bangun dari tidur, selepas itu berhadapan dengan keadaan-keadaan yang seperti sebelumnya.
Masalah yang sama timbul di dalam benaknya.
Tuhan langsung tidak ada di dalam ingatannya, sama ada sebelum atau selepas tidurnya.
Begitulah seterusnya di dalam apa keadaan pun Tuhan tidak ada di dalam kamus hidupnya.
Yang dia fikir kesenangan atau kesusahannya atau angan-angannya.
Sampai masa malaikatul maut pun datang mencabut nyawanya.
Aduh malangnya, nyawanya tercabut, Tuhan tidak ada di dalam ingatannya.
Apatah lagi memohon rahmat dan keampunan-Nya.
Matilah dia di dalam keadaan suul khatimah.
Nerakalah padahnya, murahnya hidup ini bagi manusia yang memikirkan dunianya semata-mata.
No comments:
Post a Comment