Ramai bangsa-bangsa di dunia ini menawan musuhnya dengan kekuatan senjatanya dan fizikal.
Mereka boleh mengalahkan mereka tapi risikonya tinggi.
Banyak orang yang mati, ramai yang cacat dan cedera, pembangunan runtuh, harta musnah.
Musuh-musuhnya yang kalah benci dan berdendam sampai mati.
Semasa mereka masih lemah, mereka melakukan berbagai-bagai sabotaj dan pembunuhan-pembunuhan curi lari.
Yang kuat walaupun menang dan berkuasa, tapi hidup sentiasa bimbang dan di dalam bahaya.
Mentadbir negara itu pula terpaksa dibangun dan dipulih semula.
Tapi berlaku di sebaliknya, jika sesuatu bangsa menawan musuhnya dengan senjata ilmu dan kasih sayang.
Musuhnya dapat dikalahkan, namun tidak terasa dikalahkan oleh musuhnya.
Kekalahan yang tidak terasa itu pula, mereka merasakan mendapat untung, mendapat kawan, mendapat ilmu dan kemajuan.
Musuh-musuh yang mengalahkan itu, mereka tidak dianggap musuh.
Musuhnya itu pula dianggap menjadi kawan yang berjasa pula dan penyelamat umat.
Kekuatan ilmu dan kasih sayang menawan musuh-musuhnya sangat positif dan menghiburkan.
Musuhnya mendapat kawan, dapat ilmu, dapat kemajuan, tidak ada yang mati, tidak ada yang rosak dan binasa.
Bahkan musuhnya yang ditawan itu sangat senang hati dan dapat hiburan pula.
Yang menawan tidak dirasakan musuh, bahkan mereka kawan yang setia lagi berjasa.
Bodoh sekalilah bangsa-bangsa yang menawan musuhnya dengan kekuatan senjata dan fizikal
Risikonya amat besar, kematian, kemusnahan, kebencian, dendam yang berpanjangan.
Aku seru umat Islam hari ini, tukarlah kaedah perjuangan.
Janganlah hendak kalahkan musuh dengan kekuatan senjata dan tenaga.
Itu pun umat Islam belum pun mendapat kejayaan dan menerima kemenangan, bahkan kehinaan pula.
Tawanlah musuh-musuh dengan ilmu, khidmat dan kasih sayang.
Musuh-musuh itu akan jadi kawan bukan lawan, kerosakan dan kemusnahan tidak berlaku, orang pun sayang.
Hanya orang yang hasad dengki sahaja dengan kejayaan orang, yang rasa tidak senang.
Itu biasalah berlaku, tapi golongan ini tidak ramai di setiap zaman.
Biasanya ini terjadi kepada mereka yang ada kuasa dan cerdik pandai.
No comments:
Post a Comment