Side Effect Tidak Cinta Tuhan



Kerana tidak cintakan Tuhan, maka lahirlah side effectnya.
Iaitu tidak cinta sesama manusia.
Punahlah perikemanusiaan di kalangan manusia.
Tidak ada kasih sayang, tidak ada timbang rasa, tidak ada rasa bersama, tidak ada bekerjasama.
Maaf-bermaafan tidak ada, bertolong bantu terpaksa, bertemu dan berjumpa tidak mesra.
Akibatnya di dalam pergaulan tidak ada indahnya, kecantikannya punah dan binasa.
Terseksalah hidup manusia di dalam pergaulan.
Kerana tidak takut dengan Tuhan, side effectnya tidak takut membuat kesalahan di kalangan manusia.
Tidak takut menghina dan mengata, tidak takut hasad dengki, tidak takut menipu dan mencuri, berdendam jadi budaya.
Tidak takut dan tidak malu bergaduh, berkrisis dan berkelahi.
Bahkan tidak takut berbuat lebih dari itu, berzina, merogol, merompak, menyamun dan membunuh.
Zalim-menzalimi, aniaya-menganiayai di kalangan manusia.
Akibatnya hilang keamanan dan keselamatan, terkorban kebahagiaan dan keharmonian, ketakutan ke mana sahaja pergi.
Untuk memulihkan semula dunia ini dari kerosakan, kenalah kita kempen semula mengenalkan Tuhan.
Hingga Tuhan itu dicintai dan ditakuti.
Buahnya nanti di dunia akan jadi syurga sebelum Syurga.
Kehidupan manusia akan bahagia, tenang dan harmoni.
 

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah