Kehidupan Yang Sebenar



 Di waktu masih hidup, mata masih celik dan jaga, hakikatnya tidak celik dan tidak jaga dibandingkan selepas mati.
Manusia akan sangat celik dan jaga selepas matanya pejam di waktu kematiannya.
Ketika mata terbuka, manusia tidak terkejut dan tersentak.
Selepas matanya tertutup ketika matinya, barulah manusia terkejut.
Tersentak dan terkejut setelah melihat hakikat hidup yang sebenarnya.
Ketika hidup di dunia Tuhan flash-back semula, terasa sangat di masa di dunia hanya main-main sahaja.
Terasa sangat di dunia dahulu tidak ada erti apa-apa.
Masa yang diberikan terlalu sekejap, macam pagi sampai ke petang sahaja.
Segala yang dicari dan semua yang direbut hanya palsu belaka.
Selepas mata pejam, setelah tiba kematian, terlihat hakikat hidup yang hakiki.
Nikmatnya hakiki dan kekal abadi dan penderitaannya pun hakiki kekal abadi.
Di sini fahamlah kita di masa mata celik dan terbuka manusia tidur.
Di kala mata pejam dan tidak terbuka, dia jaga, terkejut terbeliak matanya.
Melihat hakikat hidup yang dia tidak sangka, terlalu hebatnya.
Terasa nikmat di dunia tidak berguna, ternyata penderitaan di dunia kecil sahaja.
Di Akhirat segala-galanya hebat dan dahsyat, sama ada nikmat mahupun azabnya.
Itulah yang dimaksudkan di masa mata pejam terjaga, di ketika mata celik tidur dengan nyenyaknya.
Penyesalan pun tiba, tapi sudah terlewat masanya.
Segala-galanya sudah terlanjur, nasi sudah jadi bubur.
Dunia dan nikmatnya sudah menipunya di waktu hidupnya.
Kita yang masih hidup ini hubaya, hubayalah dengan tipu daya dunia. 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah