*M836*
Fikiran yang tidak digerakkan itu adalah culas, fizikal yang tidak diaktifkan itu adalah malas, jiwa yang tidak dihidupkan itu adalah lalai. 
*M837*
Pembesar-pembesar zaman sekarang sudah hilang kemerdekaannya kerana program hidup mereka ditentukan oleh orang. 
*M838*
Kalau masyarakat yang bermasalah
ditangani oleh golongan bermasalah; mungkin masalahnya tidak sama
di antara yang menangani dengan yang hendak ditangani; 
masalah masyarakat bukan saja tidak selesai
tapi akan menambahkan masalah. 
*M839*
Gejala masyarakat tidak akan pulih,
kalau yang menanganinya ingin nama dan glamour atau dengan tujuan lain yang bersifat peribadi. 
*M840*
Janganlah Ramadhan setakat memeriahkan yang lahir,
meriah yang dapat dilihat oleh mata,
tapi hati gelap gelita, tidak bercahaya.
 

No comments:
Post a Comment