Selamatkanlah Hatiku Tuhan



Tuhan!
Janganlah biarkan hatiku dicuri oleh syaitan.
Janganlah Engkau serahkan hatiku dicuri oleh dunia dan nikmatnya.
Nanti aku akan dijadikannya hamba itu semuanya.
Kalau berlaku, alangkah malangnya, aku akan jadi seperti bola.
Aku akan ditendang ke sana dan ke sini sesuka hatinya.
Aku akan dijadikannya macam buah-buah catur.
Ia akan meletakkan di mana sahaja yg ia mahu.
Atau aku akan diarah-arahnya mengikut kehendaknya.
Badan aku akan letih dibuatnya, fikiranku akan berserabut tidak menentu.
Masaku akan habis terbuang sia-sia.
Aku akan terpaksa membuat perkara yg sia-sia.
Semua yang aku buat dan usahakan itu untuk mereka semuanya.
Untuk Engkau sudah tentu tidak ada.
Alangkah malunya aku bertemu-Mu dan aku akan Engkau seksa di Neraka.
Selamatkanlah hatiku, jangan sampai ia dicuri oleh syaitan dan dunia.
Nanti aku akan papa-kedana di Akhirat sana.
Engkau akan murka kepadaku. 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah