*M791*
Apabila satu sama lain tidak ada kemesraan, mudah saja timbul curiga-mencurigai, mudah salah faham, mudah timbul perbalahan.
*M792*
Apabila beramai-ramai berbincang-bincanglah dan bermuzakarah, apabila keseorangan berfikir-fikirlah, apabila hendak makan carilah kawan, perkara yang baik bergotong-royonglah.
*M793*
Pantang larang sesuatu kaum elok ditinggalkan, adat resam mereka tidak mengapa dibuat, asalkan tidak melanggar syariat, agar keharmonian masyarakat, etnik atau kaum tidak cacat.
*M794*
Di zaman moden ini susah dapat kawan, kalau dapat tidak berkekalan, berkawan sentiasa bertukar ganti kerana payah hendak sejalan.
*M795*
Bertemu selalu tapi satu sama lain tidak ada ingin tahu-menahu.
Selalu berjumpa, engkau-engkau, aku-aku.
Berada semajlis selalu, tapi setakat berpandangan mata sahaja, namun untuk berkenalan tiada, apatah lagi untuk berpakat-pakat membuat kebajikan.
No comments:
Post a Comment